top of page

Usaha jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital giat dilaksana



Kementerian Digital sedang giat mengandakan usaha mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital rantau Asia Tenggara.


Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, usaha itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.


"Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, kita dapat mencapai matlamat ini dan memastikan tiada sesiapa yang terpinggir dalam era digital.


"Saya juga percaya dengan membekalkan orang ramai pengetahuan dan kemahiran digital, rakyat Malaysia akan lebih berdaya saing dalam ekonomi digital yang semakin berkembang," katanya dipetik acara sempena Thaipusam di George Town pada Selasa.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Damansara sementara itu berkata, kemajuan sosioekonomi di negara ini perlu bergerak seiring dengan pembangunan digital dan kerajaan MADANI terus komited memastikan tiada siapa ketinggalan.


"Bagi memenuhi aspirasi itu, Kementerian Digital tekad untuk menyokong dan menolong masyarakat India di Malaysia dan sepanjang tahun lepas, kami telah menghulurkan bantuan kepada kuil-kuil, persatuan-persatuan India serta sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara.


"Ini merupakan antara inisiatif Kementerian Digital dalam membantu masyarakat India di Malaysia, sejajar dengan komitmen berterusan kerajaan MADANI untuk meraikan kepelbagaian dan keharmonian rakyat Malaysia," tambahnya.


Gobind berkata pemberian bantuan akan diteruskan tahun ini dan usaha itu merupakan tambahan daripada inisiatif serta program yang dijalankan oleh agensi di bawah Kementerian Digital.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page