top of page

Usaha berterusan KDN tangani masalah rakyat Sarawak tiada IC dipuji



Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewujudkan Pasukan Petugas Khas Menangani Isu Penduduk Sarawak Tanpa Pengenalan Diri (PPK) dan telah menerima 13,012 permohonan daripada penduduk di negeri itu untuk mendapatkan dokumen pengenalan (IC) dipuji Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan.


Menurut Roland, tindakan pro-aktif KDN dan pasukan khas itu telah menyelesaikan banyak masalah dokumen pengenalan diri yang membelenggu penduduk di pedalaman Sarawak sejak sekian lama.


"Dengan angka lebih 13,000 orang tanpa dokumen pengenalan diri yang memohon dokumen tersebut, kami yakin masih ramai yang belum buat permohonan atas faktor geografi dan kos, khususnya kawasan pedalaman Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, untuk memperbaiki gerak kerja pasukan PPK itu, Roland mencadangkan agar data dikumpul secara lebih sistematik melalui ketua kaum yang lebih mengetahui perihal status penduduk tanpa dokumen di kawasan masing masing.


"(Bagi saya) adalah lebih sistematik dan mudah untuk data ini dikumpul apabila semua Ketua Kaum di kampung masing-masing menyimpan data kelahiran dan kematian penduduk di bawah pimpinan mereka, dan berurusan secara proaktif dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara untuk urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri.


"Pendekatan ini penting untuk mengenalpasti "genuine applications" sahaja yang diproses oleh jabatan berkenaan," ujarnya.


Di samping itu, tambah Roland, KEADILAN Sarawak telah pun diarahkan untuk membantu usaha KDN bagi mengumpulkan data penduduk pedalaman untuk diserahkan kepada KDN.


"Di pihak KEADILAN Sarawak, semua 31 Ketua Cabang seluruh Sarawak ditugaskan untuk mengangkat isu ketiadaan pengenalan diri ini kepada pihak Kementerian Dalam Negeri.


"Usaha ini akan diselaraskan dengan lebih tersusun dalam masa terdekat," katanya.


Untuk rekod, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kelmarin berkata, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju untuk melanjutkan tempoh pasukan PPK selama setahun lagi untuk menyelesaikan masalah penduduk Sarawak yang belum memiliki dokumen pengenalan diri.


Beliau berkata, hal itu kerana beberapa zon di negeri itu masih belum tamat proses pengumpulan maklumat terutama di kawasan pedalaman.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page