top of page

PSB: Pampasan, nilai ditetapkan kerajaan lebih tinggi - PM



Nilai rumah yang diambil alih melalui Rang Undang Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) ditetapkan lebih tinggi oleh kerajaan berbanding sekiranya dirujuk ke mahkamah.


Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi PMQT di Dewan Rakyat pagi tadi.


Beliau juga menjelaskan tanpa URA tetap terdapat projek yang berjaya dibuat tetapi mengambil masa terlalu lama untuk dimulakan berikutan sukarnya pemilik memberi persetujuan.


"Ada projek dijalankan tetapi ambil masa 10 tahun. Ada ambil kaedah kuasa pengambilan tanah. Ada guna mahkamah. Dalam kes mahkamah semua pampasan jauh lebih rendah dariapda dikemukakan.


"Kalau tanya saya apakah pilihan kita? Kita nak biar, atau rujuk mahkamah? Kerana pampasan mahkamah ikut nilai. Tetapi kalau tanggungjawab kerajaan membangun semula pampasan lebih besar, harga lebih tinggi.


"Ini sebab mengapa kebijaksanaan kerajaan terdahulu, kerajaan mencadangkan (URA). Kita ambil keputusan (laksana) walau ada kontroversi," katanya menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tan Kar Hing (PH-Gopeng).


Anwar turut mengingatkan sejak merdeka pada 1957 belum pernah satu kerajaan pun yang mengazetkan sekitar 50 ekar tanah di tengah Kuala Lumpur, tapak bandar Malaysia sebagai rizab Melayu.


Katanya, tidak relevan untuk mendakwa Kerajaan Madani tidak peduli kepada hak milik orang Melayu dengan mengadakan URA.


Menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Pas-Kuala Terengganu) yang mahukan jaminan pemilik asal mendapat hak milik, PM berkata hal itu terdapat dalam URA.


"Saya sbut siapa yang duduk, misal (flat) Sri Perlis, kalau 70% Melayu kekal. Dalam undang undang tidak ada hak kita pindahkan pemilik asal. Saya beri jaminan soal pemilik asal tidak bangkit sama sekali.


"Proses boleh bawa ke mahkamah, 5 tahun, nilai semasa. Mereka dapat kurang.


"Saya setuju kita harus pertahan peneroka asal di Kuala Lumpur," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page