Oleh: Abdullah Zaid
Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mencatatkan peningkatan positif dalam suku kedua 2024 apabila melonjak sebanyak 5.8% berbanding suku pertama 4.2%, menunjukkan Kerajaan Madani telah menempatkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul.
Menurut Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, pencapaian di luar jangka itu menunjukkan ekonomi negara menuju kepada pemulihan sepenuhnya di samping pengukuhan ringgit, manakala lonjakan Bursa Malaysia melebihi 1,600 mata tertinggi sejak tiga tahun.
"Pelaburan memang melonjak baru-baru ini dan trend ini akan berterusan ke tahun 2025. Ini juga terbukti apabila tahap nilai ringgit menjadi lebih kuat termasuklah juga pasaran Bursa Malaysia," katanya kepada Suara Keadilan.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan hari ini menyatakan ekonomi negara berkembang 5.8% pada suku kedua 2024 berbanding suku pertama 4.2%, serta merupakan pertumbuhan tertinggi sejak suku keempat 2022 yang mencatatkan 7.4%.
Menurutnya, pestasi ekonomi pada suku tahun ini dipacu oleh sektor perkhidmatan, dengan hampir semua sektor utama menunjukkan pertumbuhan yang lebih baik berbanding suku tahun sebelumnya.
Jelas DOSM, unjuran pertumbuhan suku kedua itu adalah sejajar dengan indikator terkini seperti Indeks Pengeluaran Perindustrian yang masing-masing meningkat 6.1% dan 2.4% pada April dan Mei 2024 berbanding tahun sebelumnya.
Perkembangan positif ekonomi negara membuktikan negara berada pada landasan tepat selaras dengan dasar dan polisi termasuk penyasaran subsidi diesel yang digerakkan Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Comments