top of page

Undian Majlis Raja Raja: Tindakan diambil terhadap penyebar berita palsu



Pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap penyebar berita palsu terkait Mesyuarat Majlis Raja Raja pada minggu lalu yang ditohmah konon telah diadakan satu undian dan tersebar di media sosial.


Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, hal itu tidak benar sama sekali kerana Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tidak hadir pada mesyuarat tersebut dan tidak mungkin angka sembilan raja raja Melayu itu diperolehi.


"Kononnya dalam sidang Majlis Raja Raja ada undian dibuat, yang mana disebut angka (keputusan) 7 - 2 dan hal ini adalah satu mainan yang mana sejujurnya tidak ada sebarang undian dilakukan dalam Majlis Raja Raja baru baru ini.


"Malah yang kita faham mengenai proses sekiranya ada sebarang undian pun hanya raja pemerintah yang berhak untuk mengundi dalam sidang tersebut.


"Dari gambar yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim mengenai Majlis Raja Raja yang baru berlangsung, kita boleh lihat bahawa Tuanku sendiri tidak hadir, bermaksud tidak ada sembilan undian. Bermakna mana mana pihak yang membuat satu berita palsu ada undian 7 - 2, bermaksud ada sembilan (sultan) mengundi.


"Tuanku gering, tidak hadir. Tuanku pada Jumaat minggu lalu telah berangkat untuk rawatan perubatan di luar negara," katanya dalam sidang media di Putrajaya, petang tadi.


Bagi Fahmi, hal itu seolah olah mempermainkan institusi diraja dan mencemar nama baik Yang di-Pertuan Agong sendiri.


Sehubungan itu, katanya, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis telah mengenal pasti pihak yang menularkan berita palsu berkenaan.


"Maka pihak MCC dan PDRM telah mengenal pasti beberapa individu yang menularkan beberapa berita palsu yang bersifat 3R dan akan diambil tindakan terhadap mereka juga pihak lain yang menyebarkan berita palsu," katanya lagi.

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page