top of page

‘Undi Perpaduan dapat pembangunan, pembangkang tidak boleh buat apa’



Oleh: Abdullah Zaid


Pengundi di DUN Sungai Bakap diingatkan untuk mengundi calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 6 Julai ini bagi memastikan pembangunan di kawasan berkenaan terlaksana.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, hal ini kerana sekiranya kemenangan itu kekal kepada blok Perikatan Nasional maka ianya tidak membawa apa-apa faedah, terutama dalam usaha menjaga kebajikan rakyat.


"Mudah sahaja untuk kita katakan kepada pengundi. Jika kita mengundi calon nombor satu, Dr Joohari Ariffin, ada di belakang kita adalah Kerajaan Negeri dan pusat.


"Jika mengundi calon nombor dua, tidak ada sesiapa di belakang yang boleh membantu. Kalau Sanusi (Menteri Besar Kedah) pun tidak boleh campur urusan kerajaan Pulau Pinang


"Apa faedah jadi pembangkang hanya bercakap kosong ke sini dan ke sana, rakyat yang inginkan pembangunan," katanya di Ceramah PRK Sungai Bakap, malam tadi.


Selain itu, kata Ahmad, masalah bekalan air yang membelenggu masyarakat di Sungai Bakap sejak enam tahun lalu juga menemui jalan penyelesaian kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan peruntukan RM 4 bilion bagi menyelesaikan masalah bekalan air di utara Perak dan selatan Pulau Pinang.


"Oleh itu, kita perlu pilih calon yang boleh membangunkan kawasan kita, tidak lain ialah calon Perpaduan Dr Joohari," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page