top of page

'Undi calon Perpaduan, mudah komunikasi kerajaan - rakyat KKB'



Pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) diingatkan untuk terus mengundi calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao bagi memudahkan sebarang urusan dengan Kerajaan Negeri dan Persekutuan melalui wakil rakyat kerajaan yang dilantik.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pengundi KKB seharusnya tidak melepaskan peluang menikmati pembangunan apabila kerajaan Selangor dan kerajaan Malaysia ketika ini diperintah oleh gabungan politik yang sama.


"Kelebihan rakyat KKB memilih beliau ini bagi memudahkan komunikasi kita menyelesaikan masalah. Kerana dia didukung bukan sahaja Kerajaan Negeri juga Kerajaan Persekutuan," katanya dalam ceramah di Bandar Utama, Batang Kali, malam tadi.


Katanya, sekiranya penduduk mempunyai masalah dengan kementerian di peringkat Persekutuan yang sebelum ini susah diselesaikan maka kali ini hal itu lebih mudah diuruskan. Asalkan, kata Saifuddin, masalah itu dibawa oleh ADUN kerajaan, Sock Tao.


"Beliau calon Kerajaan Perpaduan. Jika sekiranya penduduk berikan undi mudah kita berurusan. Ada masalah anak angkat, mohon warga negara (misalnya), cukup syarat 7 tahun buat permohonan tak ada jawapan, bila saudari Pang yang bawa kepada kita maka mudah kita selesaikan sebab kita mahu dia jadi wakil rakyat berkesan di KKB," katanya.


Menyentuh mengenai kempen pembangkang PN yang kuat menghentam Kerajaan Perpaduan, Saifuddin berkata, gaya politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lebih berlembut dan memaafkan musuh politik.


Hal itu, katanya, terbukti apabila dalam lawatan PM ke Kelantan dan Kedah hujung minggu lalu, beliau meminta Menteri Besar kedua dua buah negeri mengungkapkan sebarang masalah untuk cuba diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan.


"Budaya politik baru kita nak bawa, budaya dengan akhlak. Baru ni PM dia pergi ke Kelantan, kemudian saya ikut beliau ke Kedah. Walau dalam Pilihan Raya Negeri kita kalah teruk tetapi tak jadi kudis langsung.


"PM bawa Menteri dan beri peluang kepada Menteri Besar Kedah dan Kelantan sebut apa permohonan. Sebab kita nak tunjuk bahawa lagi ganas kamu serang... kamu bagi batu, kami bagi bunga.


"Kita yakin rakyat yang berfikiran terbuka lebih banyak daripada yang menyokong membabi buta. Sebab itu, disampaikan (oleh MB) bahawa negeri kami hasil tak banyak, antara termiskin. Kami mengharapkan Kerajaan Persekutuan bantu


"Jadi Datuk Seri Anwar ambil pendekatan dengar. Di Kedah PM pesan dengan saya soal rakyat negeri Kedah, sebarang permohonan menjadi tanggungjawab kamu (Saifuddin) untuk selesaikan. Dengan cara pendekatan begini kita beri contoh kepada rakyat bahawa kita bawa politik matang, jauh dari politik dendam," katanya lagi.


Saifuddin dalam pada itu turut mengingatkan agar pengundi tidak terpengaruh dengan khabar angin bahawa Kerajaan Perpaduan tidak stabil atau akan berlaku pertukaran kerajaan berdasarkan PRK kerana hal itu tidak mendapat tempat dalam politik peringkat atasan, hanya rakyat bawahan, katanya yang cuba diperdaya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page