top of page

Undi calon kerajaan, peruntukan DUN RM300 ribu - TKM 1



Pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap diharap berfikir matang pada 6 Julai ini dengan mengundi calon Pakatan Harapan (PH).


Menurut Timbalan Ketua Menteri I, Dr Mohamad Abdul Hamid, calon pembangkang sekiranya menang tidak mempunyai peruntukan DUN yang banyak untuk diagih bagi memberi perkhidmatan terbaik kerana peruntukan insfrastruktur diberi oleh Kerajaan Negeri terhad kepada RM60,000 sahaja.


"Berbanding dengan ADUN kerajaan ada RM300,000. Maknanya pilih ADUN pembangkang peruntukan RM60,000 saja. Nak buka pusat khidmat, peruntukan sebulan RM6,000. Yang itu lah sewa (bangunan) yang itu bayar (elaun) kepada pegawai.


"Kalau ADUN kerajaan RM6,000 untuk pusat khidmat, sewa. Ada perutukan RM20,000 sebulan untuk pegawai seranta. Sebab itu ramai (senang rakyat mengadu masalah), ada 5 - 7 orang di pusat khidmat


"Nak kata benda ini tak patut, tetapi itu keputusan (termaktub dalam undang undang) di Pulau Pinang. Maknanya pilih ADUN kerajaan ada RM300,000. Yang inilah boleh bantu ADUN di kawasan dia wakili," katanya dalam satu siaran media.


Selain itu, kata beliau, pengundi di Sungai Bakap sepatutnya menikmati banyak kemudahan apabila Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat selari dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas kawasan itu menjadi kubu KEADILAN selama tiga penggal.


"ADUN kerajaan dia ini wakili kerajaan. Hubungan dengan agensi kerajaan dia rapat, hubungan dengan Menteri Pendidikan, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Kerajaan Persekutuan, selari dengan ADUN. Jadi kalau pilih pembangkang banyak ruginya," kata beliau lagi.


Untuk rekod, pembangkang di Sungai Bakap sebelum ini dipertikaikan kerana sejak menang Pilihan Raya Negeri pada Ogos 2023, ADUN Pas tidak mewujudkan pusat khidmat khusus untuk rakyat mengadu hal.


Perkara itu dianggap satu kelemahan yang sepatutnya tidak boleh ditoleransi oleh pengundi pada PRK kali ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page