top of page

Undang-undang buli siber perlu diperkukuh - Saifuddin



Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dijangka akan membincangkan isu buli siber, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Ditemui pemberita selepas menghadiri satu acara di Kuala Lumpur pada Khamis beliau berkata, empat kementerian sudah duduk semeja membincangkan langkah seterusnya bagi mengukuhkan undang-undang sedia ada berkaitan isu buli siber.


Justeru satu pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat, katanya.

"Kami meneliti satu peruntukan undang-undang dan kami juga membincangkan keputusan mahkamah yang hanya denda RM100 di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil... perlu ada tindakan undang-undang berasaskan seksyen atau akta yang lebih berat (sebagai) mesej kepada rakyat bahawa kerajaan memandang serius perbuatan buli siber ini.


"Hal ini harus diteliti, saya percaya akan ada pengumuman dalam masa terdekat ini termasuk di peringkat Jemaah Menteri," katanya dipetik.

Media sebelum ini melaporkan pempengaruh TikTok A. Rajeswary atau Esha, ditemukan meninggal dunia di sebuah unit kediaman di sebuah kondominium di Setapak pada 5 Julai, sehari selepas membuat satu laporan polis berhubung buli siber yang dihadapinya.


Susulan itu seorang pemilik rumah kebajikan yang dikaitkan dengan kematian Esha didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret pada Selasa lepas.


"Kita mempunyai kekurangan di situ (denda ringan) tetapi ia bukan alasan untuk melihat aspek ini di sudut yang ringan.


"Lebih-lebih lagi kita lihat ada yang (pembuli) didenda RM100, keluar selamba dan tersenyum lagi, yang sudah tentu menghiris perasaan keluarga mangsa. Kita tidak mahu isyarat sedemikian disampaikan kepada rakyat," katanya.

0 comments

Komentar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page