top of page

Umat Malaysia melangkah sehaluan, seiringan bina kemakmuran negara - Roland



Hari Malaysia mengajak seluruh rakyat negara ini melupakan sejenak perbezaan budaya, agama dan ras dalam menyatu padukan diri sebagai rakyat sebuah negara bangsa merdeka.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan, terdapat satu perkataan penting yang digunakan oleh Bapa Malaysia dan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman iaitu "umat" untuk merujuk rakyat Malaysia pada perisytiharan pemasyuran pembentukan negara Malaysia 1963.


Katanya, perkataan umat itu menggambarkan keperluan semua rakyat Malaysia secara meluas melangkah sehaluan, seiringan menuju potensi penuh negara demokrasi, merdeka dan berdaulat tanpa mengira perbezaan kaum, agama, bahasa dan wilayah.


"Sebagai umat Malaysia yang demokratik, merdeka, berdaulat, bebas, adil, aman dan mesra sesamanya, tentunya tiada ruang untuk autokrasi mutlak, perhambaan, penjajahan, kezaliman, peperangan dan permusuhan sesama umat Malaysia," kata Roland dalam kenyataan sempena Hari Malaysia ke 61 hari ini.


Menurutnya, sempena sambutan Hari Malaysia maka rakyat perlu mengingatkan diri masing masing dengan beberapa unsur penting iaitu Malaysia adalah negara kita; Kita membina negara ini berasaskan landasan kukuh yang dipelopori bapa kemerdekaan; Kita semua bertanggungjawab membina negara impian seperti diisytiharkan dan dimasyurkan oleh Almarhum Tunku; Umat Malaysia hari ini boleh bekerjasama membangun Malaysia yang hebat dan mesra dengan semua bangsa di dunia dan Kesepakatan semua pihak untuk mempersiapkan semua golongan umat muda Malaysia untuk mencintai negara dan memimpin Malaysia dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.


"Kita bersyukur kerana di bawah Malaysia MADANI, perayaan sederhana Hari Malaysia tahun ini tetap membakar semangat kecintaan kepada negara dan kemesraan sesama umat Malaysia yang saling bekerjasama ke arah kemakmuran.


"Bagi KEADILAN Sarawak, kami bersyukur atas ruang dan peluang untuk berbakti kepada negara melalui sokongan penuh kepada Perdana Menteri untuk memulihkan ekonomi dan keyakinan negara-negara seluruh dunia terhadap Malaysia.


"Prinsip kebebasan dan keadilan seperti dimasyurkan Almarhum Tunku akan sentiasa segar sebagai dasar perjuangan untuk seluruh umat Malaysia," katanya lagi.


Roland turut berharap umat Malaysia akan kekal demokratik, merdeka dan berdaulat berasaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menuju kemakmuran yang sejati.


Katanya, setiap syarat termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan dokumen lain yang berkaitan akan terus dilaksanakan untuk mamfaat bersama.


Pengagihan kekayaan dan fokus pembangunan hendaklah sejajar dengan semangat "umat Malaysia" yang dimasyhurkan Alrmahum Tunku Abdul Rahman dan bapa-bapa pembentukan Malaysia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page