top of page

Umat Islam perlu pantau ajaran sesat di media sosial - ABIM Selangor



Oleh: Abdullah Zaid


Orang ramai diminta untuk membantu memantau organisasi atau individu yang disyaki mempromosikan ajaran sesat di media sosial.


Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Ahmad Fahmi Adzha Mohd Nasarudin berkata, pihaknya memandang serius sebarang bentuk gerakan penyelewengan akidah kerana hal itu akan memecah-belahkan umat Islam serta membelakangi syariat.


Katanya, tindakan mengamalkan dan mempromosi ajaran sesat di media sosial dibimbangi mempengaruhi kefahaman umat Islam terutamanya di Selangor.


"Sehubungan itu, kami menyeru semua pihak untuk menjaga ketenteraman awam dengan menghindari penyebaran maklumat yang tidak disahkan dan berpotensi menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.


"Selain itu, (umat Islam perlu) memperkukuhkan ukhuwah dengan mempererat tali silaturahim dan memperkukuhkan perpaduan dalam menghadapi cabaran dan ancaman terhadap akidah," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau juga menyarankan orang awam menghadapi fitnah ajaran sesat tersebut dengan menjaga ketenangan awam iaitu menghindari penyebaran maklumat yang tidak disahkan dan berpotensi menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat; Cakna dan prihatin iaitu aktif memantau perkembangan isu dan melaporkan segera segala maklumat yang mencurigakan kepada pihak berkuasa; dan memperkukuhkan ukhuwah dengan mengeratkan tali silaturahim dan memperkukuhkan perpaduan umat menghadapi cabaran dan ancaman terhadap akidah.


Sehubungan itu, ABIM Selangor menyambut baik tindakan dan inisiatif yang dilakukan oleh pihak berkuasa, antaranya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memulihara dan mengukuhkan akidah umat Islam di negeri berkenaan.


"Tindakan itu seperti mengekang penularan pengaruh ajaran sesat daripada kian merebak dan menjadi wabak kepada umat.


"Justeru, ABIM Selangor berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan bijaksana dan adil bagi menjaga keharmonian umat Islam untuk berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page