Ulang tahun ke-26 gerakan reformasi melalui "Himpunan KEADILAN, Suara Rakyat Suara Keramat" malam ini akan mengimbau sejarah dua dekad perjuangan rakyat demi menegakkan kesaksamaan dan negara hukum di Malaysia.
Menurut Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, tanggal 20 September 1998 seharusnya dikenang oleh generasi hari ini sebagai detik hitam demokrasi di Malaysia apabila rejim Mahathir ketika itu memecat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memfitnahnya dengan salah laku seksual secara memperkuda sistem perundangan negara.
Tidak cukup itu, ujarnya, Anwar ditahan pada 20 September selepas menganjurkan himpunan raksasa di Masjid Negara dan Dataran Merdeka menggunakan pasukan unit khas polis.
"Dalam tragedi itu Datuk Seri Anwar sedang berucap di kediamannya, aparat rejim zalim Mahathir menghantar segeromboloan anggota yang mengganas dan menangkap Anwar ala gestapo di kediamannya.
"Rejim Mahathir kemudian mereka yasa cerita dongeng untuk memfitnah dan memalukan Datuk Seri Anwar dengan perbicaraan berat sebelah. Mahkamah kanggaru serta plot pembunuhan karektor
"Tarikh 20 Sept ini adalah tarikh mula gerakan reformasi yang menyala dalam menentang Mahathir, dalam beberapa siri gerakan di jalanan
"Ia merupakan babak baharu dalam warna warni politik tanah air," katanya menerusi klip ucapan mengalu aluan kepada rakyat seramai mungkin menghadiri himpunan malam ini.
Shamsul Iskandar yang dua dekad lalu merupakan pimpinan mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mempunyai ingatan tersendiri pengalaman awal beliau terlibat gerakan reformasi bersama rakyat marhaen dan berjuang dengan apa sahaja yang termampu untuk membela Anwar.
"Saya masih ingat warga marhaen pemandu teksi yang ketika itu memasang kaset ceramah (reformasi) dalam teksi sekitar ibu kota membawa penumpang
"Tidak lupa juga golongan petani, nelayan, pekerja kilang, mahasiswa dan pejawat awam yang bangkit melawan rejim Mahathir. Penangkapan tanpa pembelaan yang adil terhadap Datuk Seri Anwar menyemarakkan lagi kemarahan rakyat apabila mata lebam Anwar ketika berada di mahkamah (yang tersebar fotonya) di samping fitnah demi memadamkan karier politik Anwar," ujarnya.
Reformasi, menurut Shamsul dihidupkan oleh rakyat yang dahagakan kesaksamaan hukum dan mahukan kemerdekaan kedua di Malaysia demi memartabatkan maruah rakyatnya.
Perjuangan panjang untuk mengekalkan momentum Reformasi selama 2 dekad, kata beliau, merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan sehingga tiba detik kejayaan pada November 2022.
"Kemarahan rakyat ini mendobrak rejim. Selepas 24 tahun kezaliman, pada tanggal 22 Nov 2022 Datik Seri Anwar berjaya mencapai kejayaan menjadi PM ke 10.
"Inilah jalan panjang menuju perubahan dan reformasi. Perjuangan 24 tahun bukan mudah melalui susur galur dan liku perjalanan penuh onak duri serta duka nestapa.
"Perjuangan suci ini lahir dari rakyat, untuk rakyat, demi rakyat dan akhirnya Datuk Seri Anwar memimpin negara ini ke puncak kejayaan," katanya lagi.
Himpunan malam ini di Stadium Axiata, Bukit Jalil bermula pada 6 petang, solat maghrib dan pada pukul 8 ucapan pemimpin bermula sehingga pukul 10, ucapan utama oleh Anwar Ibrahim.
Semua aktivis reformasi dan rakyat Malaysia dijemput hadir.
Comentários