top of page

Ulang tahun DBP: Bahasa Melayu, peranan mempersatu bangsa Malaysia



Ulang Tahun ke-68 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diadakan di Dewan Besar SMK Seri Nibong, Pulau Pinang semalam dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.


Menurut Fadhlina, sejak lebih enam dekad lalu DBP merajut sejarah bersama rakyat segenap lapisan di negara ini menjalankan fungsinya sebagai institusi yang menjadi nadi penggerak memartabatkan bahasa dan persuratan kebangsaan, apatah lagi peranan itu semakin dirasakan dalam dunia tanpa sempadan hari ini.


Pada sambutan ulang tahun kali ini beliau bersetuju dengan tema "Kesaktian Lidah Rakyat" yang digunakan. Katanya, slogan itu diangkat daripada satu baris seni kata yang terkandung dalam lagu Dewan Bahasa.


"Ungkapan "kesaktian lidah rakyat" merupakan metafora atau perlambangan ampuh yang menyoroti suara kolektif dan pengaruh rakyat.


"Kata-kata yang diucapkan oleh rakyat, ketika bersatu atau disatukan, dapat memberikan dampak atau kesan yang besar kepada masyarakat, membentuk wacana, mempengaruhi keputusan, dan bahkan mendorong perubahan," katanya dalam catatan di Facebook.


Jelas Fadhlina, Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perantaraan menjalankan perdagangan di Nusantara sejak berabad lalu perlu diperkukuh dan dimartabatkan lagi penggunaannya di negara ini.


"Bahasa Melayu, dengan segala potensinya, memiliki peranan utama dalam membangun, mempersatu, dan memajukan bangsa Malaysia.


"Melestarikan dan mengembangkan bahasa Melayu bererti melestarikan dan memperkuat kesaktiannya dalam kehidupan berbangsa dan bernegara di bumi Malaysia tercinta ini," katanya.


Hadir sama, Tuan Haji Azman Adnan (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia), Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan (Pengerusi Lembaga Pengelola DBP), Dr Hazami Jhari (Ketua Pengarah DBP), dan para pimpinan DBP pelbagai peringkat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page