top of page

Ucapan PM di PBB: Malaysia Kembali Lantang Di Persada Dunia



Oleh: Edy Noor Reduan


ULASAN: Tiada siapa yang mampu menafikan betapa penampilan sulung Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 sebagai telah menggamatkan dunia. 


Kegamatan paling ketara ialah apabila PMX dengan tegas dan berani memalukan negara Israel dengan menyifatkan penguasaan rejim berkenaan di Palestin perlu dinoktahkan. 


Di hadapan muka Perdana Menteri Israel, PMX mendakwa mereka telah merampas tanah dengan pembinaan lebih banyak penempatan haram yang mencabuli undang-undang antarabangsa serta mencabul hak asasi rakyat Palestin.


Kecam kuasa besar


Seterusnya, sambil menempelak PBB secara 'direct' di atas wawasannya yang sudah berkecai, PMX menggesa negara di seluruh dunia supaya lebih berperanan dan bertanggungjawab ke arah mewujudkan dunia yang lebih baik untuk hari esok.

Edy Noor Reduan

Kecaman PMX terhadap konflik pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pula disifatkan sebagai mengundang mudarat dunia, menjadi antara punca paling ketara krisis makanan, kesan kenaikan harga, kekurangan stok, kebuluran dan masalah malnutrisi. Kecaman ini bukan bermakna kecaman dari seorang PMX tetapi membawa suara seluruh bangsa Malaysia dalam menentang tindakan pencerobohan tersebut.


PMX juga membanggakan dunia Islam apabila secara bersahaja mengutuk segala 'bentuk baharu' perkauman Islamofobia yang merujuk stereotaip terhadap muslim dan tindakan biadap pembakaran al-Quran di dunia Barat. 


PMX turut mendesak segala bentuk diskriminasi terhadap wanita yang berlaku di Afghanistan dan mana-mana negara yang ekstrem supaya ditarik balik. Hal ini adalah suatu yang jauh lebih 'eligible' berbanding desakan 'tarik balik' oleh Putrajaya di Parlimen baru-baru ini.


Malaysia kembali lantang


Ucapan seorang Anwar Ibrahim di persidangan yang disertai oleh lebih 140 ketua kerajaan dan ketua negara, enam naib presiden, empat Timbalan Perdana Menteri dan lebih 30 menteri di pentas UNGA ke-78 begitu memaknai maksud tegas dan berani, dan berbanggalah kerana dia 'Made in Malaysia'.


Seluruh rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan tepukan gemuruh yang diterima PMX di PBB.


Hari ini dapat kita lihat di ruangan media sosial pelbagai bentuk ekspresi perasaan megah selaku rakyat Malaysia, dan 'tidak berdosa' rasanya jika pemimpin pembangkang mengutuskan serangkap pujian terhadap PMX kita.


* Kredit foto: Afiq Hambali PMO

_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengerusi Kelab Rakan Media Siasah Madani (KARESMA)


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page