top of page

Ucapan bakal calon PH video lama, MCA perlu bersikap matang



DAP meminta pemimpin MCA seperti ketua pemudanya Ling Tiang Soon bersifat lebih matang setelah memuat naik semula rakaman video lama yang memaparkan ucapan bakal calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.


Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching berkata, video tersebut bukan ucapan Sock Tao di Kuala Kubu Baharu sebaliknya ketika berkempen membantu beliau berkempen di Kulai, Johor dalam Pilihan Raya Umum pada November 2022.


"Saya amat berharap pemimpin MCA akan matang sedikit. Video ini bukan video terbaharu dan bukan pula ucapan Xiao Tao di Kuala Kubu Baharu.


"Ucapan yang sengaja ditularkan dibuat ketika di Kulai, Johor, semasa dia berkempen untuk saya pada tahun 2022


"Jadi sila semak betul-betul, sebelum buat kenyataan yang bukan-bukan. Banyak lagi video pemimpin DAP yang mengutuk BN dan MCA. Saya percaya banyak juga video pemimpin BN yang mengutuk PH dan DAP," kata Nie Ching dalam catatan Facebook.


Esok merupakan hari penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu dengan kempen berlangsung selama 14 hari sebelum pengundi membuat penentuan pada 11 Mei ini.


Namun kata Nie Ching, apabila Kerajaan Perpaduan dibentuk, sebagai pemimpin yang matang mereka perlu bergerak ke depan dan terus bekerja untuk memberikan yang terbaik untuk pastikan kejayaan gabungan tersebut.


Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi berkata, dalam PRK sebelum ini DAP turut berkempen untuk calon UMNO.


"Bukan MCA tidak faham alasan ini. Bukankah MCA sangat sedar akan kebenaran ini apabila membentuk kerajaan bersama Bersatu dan Pas?" katanya sambil berkata DAP menghormati keputusan MCA untuk tidak turut berkempen dalam PRK tersebut.


Namun katanya, cara MCA menyerang calon DAP adalah suatu perkara yang tidak dapat diterima.


Terdahulu Tiang Soon berkongsi di media sosialnya video lama calon DAP Pang Sock Tao membidas BN.


Ling menujukan perkongsian itu kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam.


Hantaran itu turut dikongsi oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang juga pengarah pilihan raya Perikatan Nasional.


Semalam Lokman menggesa MCA membuat keputusan berhubung kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan.


"Kalau mereka mahu dilayan dengan adil, maka mereka juga perlu menyumbang mengkukuhkan kerajaan perpaduan.


"Saya percaya MCA perlu membuat keputusan sama ada mereka nak berada dalam Kerajaan Perpaduan atau mereka boleh berada dengan sesiapa sahaja," kata Lokman.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page