top of page

TVET: Kerajaan salur peruntukan tambahan RM200 juta untuk latihan



Perdana Menteri mengumumkan pembiayaan tambahan RM200 juta bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dijangka akan memanfaatkan kira-kira 13,000 orang pelajar.


Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan pembiayaan itu pada perasmian Hari TVET Negara (HTN) 2024 di Kuala Langat, Selangor pada Sabtu berkata, ia akan disalurkan menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).


Pembiayaan itu meliputi program TVET dalam bidang berasaskan peralihan tenaga; industri berasaskan teknologi dan digital; industri elektrik dan elektronik bernilai tinggi; pertanian dan industri asas tani; serta industri nadir bumi.

"Saya percaya ini disalurkan menerusi PTPK tapi saya serah kepada Pengerusi Majlis TVET Kebangsaan untuk memutuskan keutamaan kerana kita nak (perkasa) bidang kenderaan elektrik (EV); keselamatan siber; kecerdasan buatan (AI); bahan termaju (advanced materials); teknologi elektronik mekanisasi ladang; dan automasi pertanian dan penternakan.


"Jadi kita luluskan peruntukan tambahan ini... yang lain-lain yang dicadangkan tambahan untuk OKU, untuk orang asal, itu saya percaya selari dengan dasar kerangka ekonomi Madani.


"Saya fikir tiada masalah dan kita boleh luluskan kerana Timbalan Perdana Menteri mempunyai mandat penuh daripada Jemaah Menteri untuk laksanakan TVET dan beliau telah melakukan dengan jayanya dan membanggakan kita," katanya dipetik.


Mengulas lanjut Anwar berkata, pembiayaan dalam bidang-bidang tersebut akan menggalakkan institusi TVET membangunkan program-program latihan selari dengan hasrat Kerajaan untuk memantapkan sektor dan industri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi (HGHV), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP).


Ia juga merupakan usaha mewujudkan peluang pekerjaan berimpak tinggi selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0, perubahan iklim dan amalan kemampanan, anjakan demografi dan globalisasi rantaian nilai yang akan mengubah sifat pekerjaan yang memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page