top of page

TV pintar suntik semangat murid belajar Sains, Matematik



Oleh: Akmal Manaf


Demi meningkatkan minat murid-murid kepada pembelajaran di dalam kelas dan melonjakkan minat terhadap subjek Matematik dan Sains, Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Rendang di Kuantan, Pahang telah merancang satu usaha bersepadu untuk mereka.


Menerusi satu kenyataan, sekolah yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura itu merancang untuk memasukkan televisyen pintar (Smart TV) ke dalam kelas.


"Usaha itu adalah menerusi kerjasama dengan Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi, dengan NGO Pertubuhan Penduduk Bunut Rendang dan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM-SDG).


"Melalui kerjasama ini, program pembelajaran menggunakan Smart TV sedang diusahakan dengan dokongan APPGM-SDG.


"Dana khas untuk tujuan ini juga bakal disediakan, sekali gus dapat melatih guru-guru menggunakannya ketika pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas," kata kenyataan itu.


Koordinator APPGM-SDG, Sridayu Samsuri berkata, sokongan yang diterima daripada pihaknya adalah kritikal dalam menjayakan program berkenaan.


Katanya, program-program pembangunan STEM di sekolah juga dapat dirancakkan dalam mengukuhkan minat dan penguasaan Matematik dan Sains sejak di peringkat awal lagi.

Guru Besar SK Bunut Rendang, Marfoah Yunus pula berharap program tersebut dapat meningkatkan minat murid-murid untuk datang ke sekolah dan mampu meningkatkan kadar kehadiran 95% ke atas.


Selain itu, beliau berkata pendedahan kepada ibu bapa murid juga perlu dilaksanakan bagi memastikan mereka mengikuti rapat perkembangan anak-anak terutamanya dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page