top of page

Turunkan hantaran PM: Meta kurang sedia menjawab, boleh terus berbincang



Pihak Meta walaupun telah memohon maaf kerana menurunkan kandungan atau muatnaik yang dibuat Perdana Menteri (PM) berhubung isu di Palestin namun menurut Menteri Komunikasi, gergasi media sosial itu tidak bersedia memberi jawapan yang tepat dalam pertemuan beliau bersama wakil syarikat berkenaan pada Isnin.


Fahmi Fadzil berkata, pihak Meta tidak memaklumkan secara terperinci kepadanya apabila ditanya sama ada muatnaik PM yang diturunkan itu telah dibaca oleh moderator yang faham bahasa Malaysia kerana hantaran PM dan pemimpin lain dibuat dalam bahasa tersebut.


"Kita cuba tanya mereka adakah tindakan moderation itu dilakukan oleh staf yang membaca dalam bahasa Melayu kerana posting PM dan termasuk MB Selangor serta ramai lagi dalam bahasa Melayu


"Tetapi mereka tidak menjawab dengan tepat, mereka cuma berkata mereka ada staf moderator yang boleh berbahasa Melayu dan sebahagian kandungan diturunkan oleh AI (kecerdasan buatan) mereka.


"Jadi sehingga pertemuan pada Isnin lalu, kita tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai apa sebenarnya yang telah mengakibatkan kandungan yang telah dimuatnaik dalam Facebook PM dan Instagram PM diturunkan," katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


Bagaimanapun, Fahmi memaklumkan bahawa pihak Meta berjanji untuk terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam hal berkenaan.


"Cuma pihak Meta memaklumkan bersedia meneruskan perbincangan, memberikan maklum balas dan menerima maklum balas serta input dari pihak kerajaan Malaysia," katanya.


Dalam pada itu, menurut Fahmi lagi, pihak Meta dalam pertemuan tersebut kelihatan kurang bersedia terkait beberapa pertanyaan mengenai muatnaik yang telah diturunkan kerana hal itu bukan sahaja berlaku baru baru ini tetapi sejak tiga bulan lalu.


"Dalam pertemuan dengan pihak Meta, kalau rujuk gambar pertemuan dengan Pejabat Perdana Menteri, wakil pihak Meta tidak membawa bersama mereka sebarang dokumen atau bahan cetak untuk membincangkan sejumlah kandungan yang telah diturunkan.


"Bila dibangkitkan kepada mereka berhubung tiga kandungan yang telah diturunkan, termasuk satu di bulan Mei, pihak Meta teragak agak menjawab dan mereka memaklumkan tidak tahu perkara itu.


"Inilah yang membuat saya mencapai satu rumusan bahawa mereka tidak bersedia untuk bertemu," katanya.


Selain itu, kata Fahmi, pihak kerajaan Malaysia juga membuat aduan mengenai garis panduan Meta yang sering berubah ubah malah selang sehari.


Sehubungan itu, beliau meminta pihak Meta memberikan makluman segera kepada Pejabat Perdana Menteri sekiranya garis panduan ditukar pada masa akan datang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page