top of page

Turun harga telur: Dasar subsidi diesel bersasar mula buahkan hasil



Penurunan harga telur ayam pelbagai gred sebanyak 3 sen sebiji mulai semalam menunjukkan polisi penyasaran subsidi diesel mula menampakkan kesan positif biar pun baharu seminggu dilaksanakan.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Ahmad Nazri Yusoff, penurunan harga itu akan memberi manfaat besar kepada keluarga B40 yang banyak menggunakan telur ayam dalam menu harian dan kepada peniaga makanan kecil kecilan yang kurang mendapat keuntungan akibat kenaikan kos sejak beberapa tahun lalu.

Ahmad Nazri Yusoff

"Pengumuman ini membuktikan keputusan kerajaan melaksanakan subsidi diesel bersasar adalah satu keputusan yang tepat di mana ketirisan yang berlaku sebelum ini dapat dikawal.


"Hasil penjimatan daripada subsidi bersasar dimanfaatkan bagi membantu rakyat, terutama dalam menghadapi isu kenaikan harga barang dan meringankan beban rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Nazri lagi, KEADILAN Terengganu sentiasa menyokong polisi Kerajaan Persekutuan dalam meringankan beban rakyat marhaen.


Katanya, pihak yang tidak bertanggungjawab menghentam polisi Kerajaan Madani sebelum ini akhirnya melihat pembelaan yang lebih berkesan diberikan kerajaan terhadap rakyat setelah menarik subsidi pukal ke atas diesel.


"Majlis Pimpinan Negeri Terengganu dan seluruh warga KEADILAN Terengganu sentiasa menyokong dasar Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan kebajikan rakyat, dan juga tata kelola yang baik selaras dengan aspirasi Malaysia Madani," katanya lagi.


Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan harga telur ayam sebanyak 3 sen sebiji dengan menambah peruntukan subsidi RM100 juta ke atas bahan makanan itu.


Selain itu, Anwar turut menegaskan subsidi yang besar masih dikekalkan ke atas minyak masak botol yang boleh mencecah harga RM35 sebotol 5kg berbanding RM30 waktu ini andainya kerajaan tidak membantu mengekalkan harga.

0 comments

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page