top of page

Turun hantaran PM: Berlaku 'kesilapan operasi', Meta mohon maaf

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 6, 2024
  • 1 min read


Setelah digelar jelik dan bersikap diskriminasi oleh Pejabat Perdana Menteri semalam, Meta Platforms (Meta) hari ini mengemukakan permohonan maaf di atas tindakan menurunkan hantaran media sosial Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan ucapan takziah beliau di atas pemergian pemimpin kanan Hamas Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran, Iran minggu lalu.

Meta memohon maaf atas "kesilapan operasi", sambil menambah bahawa kandungan itu telah dipulihkan dengan "label yang betul," kata jurucakap Meta kepada Reuters.


Gergasi media sosial Amerika Syarikat itu menamakan Hamas, kumpulan pejuang Palestin yang mentadbir Gaza, sebagai "organisasi berbahaya" dan melarang kandungan yang memuji kumpulan itu.


Ia menggunakan gabungan pengesanan automatik dan semakan manusia untuk mengalih keluar atau melabel visual grafik.


Anwar menyiarkan di Facebook dan Instagram pada 31 Julai rakaman video panggilan telefonnya dengan seorang pegawai Hamas untuk mengucapkan takziah atas kematian Ismail.


Beliau juga menyiarkan gambar pertemuan terakhirnya dengan Ismail di Qatar pada Mei lalu bersama-sama dengan ucapan takziah.


Semalam, Meta telah dipanggil bertemu Pejabat Perdana Menteri bagi memberikan penjelasan berhubung tindakannya menurunkan hantaran di Facebook dan Instagram Anwar berkaitan Palestin.


Ia adalah pertemuan kedua Meta dengan kerajaan Malaysia yang menggelar penurunan hantaran PM itu sebagai tidak adil, diskriminasi dan penindasan kebebasan bersuara.


Dalam kejadian yang sama pada Mei lalu, Meta memuat naikkan semula catatan Facebook oleh Anwar berhubung pertemuannya dengan Ismail dengan mengatakan ia telah diturunkan secara tidak sengaja.


Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam, penyokong tegar perjuangan Palestin, telah memberi amaran bahawa tindakan tegas boleh diambil terhadap Meta dan syarikat media sosial lain jika mereka menyekat kandungan pro-Palestin di platform mereka.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page