top of page

Tuntutan waris Sultan Sulu: Jawatankuasa Parlimen bertemu Tommy Thomas



Tuntutan waris Kesultanan Sulu yang mahu Malaysia membayar pampasan RM66 bilion berhubung isu kedaulatan Sabah ditangani melalui prosiding siasatan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Antarabangsa.


Menurut ahli JKPK Antarabangsa, Sim Tze Tzin, semalam giliran mantan Peguam Negara era pemerintahan Pakatan Harapan, Tan Sri Tommy Thomas memberi keterangan di hadapan jawatankuasa.


"Sesi mesyuarat ke-4 adalah bersama dengan bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas.


"Tujuan JKPK Antarabangsa memulakan prosiding ini adalah bagi mencari kebenaran. JKPK adalah bi-partisan dan terdiri daripada pihak kerajaan dan pembangkang.


"JKPK mewakili rakyat dalam Parlimen untuk mencari "the truths nothing but the truths"

Thomas memberi keterangan kepada jawatankuasa

"Saya amat bersetuju dengan Tan Sri Tommy apabila beliau berkata "Malaysians must unite to fight this outrageous claims on our sovereignty. And we will win!"," katanya.


Ahli Parlimen Bayan Baru itu membayangkan hasil siasatan tuntutan waris Sultan Sulu tersebut akan disiap dan diumumkan pada sidang Parlimen sesi akan datang.


"Kami akan membentangkan laporan kami di sesi Parlimen akan datang," katanya lagi.


Sebelum ini jawatankuasa sama telah memanggil Menteri Luar Negeri, Menteri Undang undang, Peguam Negara, AG Sabah, Ketua Setiausaha Wisma Putra dan pegawai pegawai kanan Pejabat Peguam Negara serta Kementerian.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page