top of page

Tunda penerbangan, galak percepat proses bayar balik tiket



Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan menggalakkan syarikat penerbangan di negara ini untuk menambah baik prosedur operasi standard (SOP) agar tempoh pembayaran balik tiket akibat pesawat tertunda lebih lima jam, dapat dipercepatkan.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tempoh 30 hari seperti diumumkan sebelum ini, merupakan tempoh bayaran balik maksimum yang diberikan kepada syarikat penerbangan.


"Tetapi sudah tentu kita cuba menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan untuk menambah baik daripada segi SOP mereka supaya pembayaran balik dapat dipercepatkan jika ada berlaku kelewatan.


"Kita juga berharap syarikat-syarikat penerbangan ini dapat mempercepatkannya (tempoh bayaran balik).


"Kalau mereka dapat mempercepatkan, maka imej syarikat penerbangan itu lebih baik daripada segi pemasaran dan sebagainya," kata beliau dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Bebas-Kuala Kangsar).


Iskandar menyifatkan tempoh bayaran balik kepada pengguna selama 30 hari bagi kelewatan penerbangan lima jam dan lebih kepada penumpang, sebagai terlalu lama dan tidak memadai melindungi hak pengguna.


Mengulas lanjut, Anthony berkata pengumuman mengenai bayaran balik penuh itu adalah penambahbaikan yang dilakukan Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).


Katanya, langkah berkenaan diambil agar hak pengguna dapat dilindungi bagi kelewatan lebih dari lima jam atau mereka menjadualkan semula penerbangan melebihi beberapa jam.


Untuk rekod, bermula 2 September lalu, penumpang diberikan pilihan untuk menuntut balik bayaran tambang penuh sekiranya pesawat mereka tertunda melebihi lima jam.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page