top of page

Tun M kuat lawan Najib, mengapa membisu Pas anjur himpunan solidariti?



Sikap penasihat pembangkang PN, Tun Mahathir Mohamad yang keras melawan bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak suatu ketika dahulu menjadi tanya tanya apabila beliau berdiam diri ketika rakan politiknya Pas bersungguh sungguh mahu meneruskan perhimpunan solidariti ke atas Najib pada esok hari.


Bagi Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak, Ahmad Munzirie Ahmad Kabir, Tun Mahathir seharusnya menyatakan sikap kerana beliau pada 2017 lalu amat keras menentang Najib dan pendakwaan ke atas bekas PM itu juga berlaku pada waktu beliau mengetuai kerajaan pada 2018 - 2020.


"Pemuda AMANAH Negeri Perak tertanya-tanya tentang keberadaan suara Tun Dr Mahathir dalam isu himpunan solidariti Pas untuk Datuk Seri Najib.


"Pada hari ini, Pas begitu bersemangat mempertahankan Najib sehingga sanggup menganjurkan himpunan biarpun setelah Istana Negara mengeluarkan kenyataan.


"Tun Mahathir yang kini menjadi penasihat kerajaan Perikatan Nasional seolah-olah kehilangan suara apabila rakan politiknya begitu sibuk membela Najib.


"Perlu diingatkan, Tun Mahathir antara susuk tubuh yang lantang untuk melawan Najib namun apabila rakan 'sepelukannya' iaitu Pas bertindak ironi, Tun Mahathir masih membisu," katanya dalam kenyataan.


Ujar Munzirie, tidak wajar Tun Mahathir tidak menyatakan prinsip dalam isu korupsi yang beliau tentang pada kempen pilihanraya 2017 - 2018 lalu, hanya kerana sekutunya mahu menunggang isu simpati ke atas Najib itu.


"Pas sanggup menggunakan nama agama dan menggerakkan jentera parti untuk membela seorang yang telah dibuktikan bersalah di mahkamah.


"Kami anak muda hanya mahu tahu, apa pendirian sebenar Tun Mahathir, adakah masih utuh dengan prinsip terhadap Najib? Adakah beliau rela dengan tindak tanduk PAS ketika ini," katanya lagi.


Pas bertegas akan menganjurkan perhimpunan solidariti untuk Najib pada esok hari biarpun Yang di-Pertuan Agong telah mengeluarkan kenyataan bahawa mana mana banduan yang mahukan keringanan hukuman perlu membawa permohonan ke Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh baginda untuk pertimbangan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page