top of page

Tun Abdullah, satu satunya PM latar belakang pengajian agama - Dr Mujahid

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 15
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi terus dikenang rakan-rakan politik Allahyarham termasuk Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.


Mujahid menerusi satu kenyataan berkata, Tun Abdullah merupakan satu-satunya Perdana Menteri (PM) yang mempunyai latar belakang pengajian agama Islam dari Universiti Malaya (UM).


Katanya, Allahyarham mendaki karier politik secara berperingkat dan melalui pelbagai pengalaman pentadbiran eksekutif negara dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Menteri Pelajaran, Menteri Pertahanan, Menteri Luar Negeri dan Timbalan Perdana Menteri (TPM).


''Setiap pelajar berkelulusan agama, sepatutnya berasa bangga atas kejayaan tertinggi Allahyarham menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5.


''Tidak hairanlah sejurus beliau diberi amanah mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2004, Allahyarham memperkenalkan Islam Hadhari atau Civilizational Islam.


''Susur galur keluarga daripada keturunan ulamak, nendanya Tuan Guru Abdullah Fahim dan bapanya Tuan Guru Ahmad Badawi terkenal sebagai ulama yang bergiat dalam institusi pendidikan pondok,'' katanya.


Menurut Mujahid lagi, Allahyarham yang lebih mesra dipanggil 'Pak Lah' menyerlahkan idea beliau tentang kepimpinan negara melalui gagasan Islam Hadhari.


Islam Hadhari ujarnya, diperkenalkan dalam pemikiran yang progresif mencakupi kembali kepada prinsip Siyasah Syar'iyah (falsafah pentadbiran Islam) yang meletakkan kemakmuran negara dan keharmonian hidup rakyat sebagai teras falsafah beliau.


''Hadhari meletakkan prinsip syariah sebagai kayu pengukur kepada apa sahaja pencapaian material yang diusahakan.


''Selama sepenggal lebih beliau memegang jawatan Perdana Menteri kerajaan di bawah BN menikmati kestabilan apabila dalam PRU 2004, kebanyakan kerusi Parlimen dimenangi Barisan Alternatif iaitu gabungan pembangkang Pas, KEADILAN dan DAP pada 1999 dapat dirampas semula.


''Peribadi Allahyarham yang tenang dan tidak menyukai konflik dan sikap berterus terang beliau diuji melalui konflik dalaman UMNO pada masa itu yang menuntut beliau meletakkan jawatan.


''Antara alasan yang diberikan adalah pembangkang kembali dengan lebih kuat menafikan 2/3 majoriti yang dinikmati BN selama ini,'' imbau Mujahid.


Terus mengenang kembali pembabitan Allahyarham dalam dunia politik tanah air, mantan Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, pada 2009, Pak Lah mengumumkan untuk mengundur diri daripada jawatan PM.


Jawatan itu katanya kemudian diserahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.


''Setelah itu beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas dan menanti masa berhenti sepenuhnya dalam politik.


''Negara kehilangan tokoh yang meletakkan inisiatif reformasi awal melalui Pelan Integrasi Nasional dan tumpuan kepada Modal Insan yang dirangkumkan dalam gagasan besar Islam Hadhari.


''Semoga Pak Lah dicucuri Rahmah dan rakyat akan mengenang Allahyarham sebagai negarawan yang tenang dan berjiwa besar,'' katanya yang turut sama mendoakan untuk Allahyarham yang telah selamat disemadikan hari ini di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page