top of page

Tukar kawasan "merah" di Kuala Lumpur kepada lokasi mesra pelancong



Kerajaan akan melaksanakan usaha menukar kawasan dikenali sebagai 'kawasan merah' yang dikaitkan dengan pelacuran di ibu kota Kuala Lumpur kepada kawasan hijau yang lebih mesra kepada pelancong, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.


Beliau berkata langkah itu boleh mengambil contoh kawasan Dolly di Surabaya, Indonesia yang sebelum ini dikaitkan dengan aktiviti persundalan telah diberi nafas baharu menjadi antara kawasan tumpuan pelancongan.


"Terkait isu persundalan di Kuala Lumpur. Mungkin kita boleh jadikan Dolly di Surabaya, Indonesia sebagai contoh di mana kawasan yang dahulunya dikenali sebagai ‘red-light district’ direjuvenasikan melalui inisiatif placemaking menjadi tempat tumpuan pelancongan antaranya dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan hijau.


"From red to green. Ini kita akan laksanakan di Kuala Lumpur," katanya dalam hantaran X semalam selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan.


Zaliha berkata sebelum ini pihaknya telah mengarahkan penubuhan KL Strike Force yang merupakan pasukan bersepadu melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan bagi memastikan aktiviti-aktiviti sumbang dapat diambil tindakan dengan lebih baik.


"Sejak penubuhannya pada Mei 2024 yang lalu, sebanyak lebih 500 tindakan penguatkuasaan telah dijalankan dengan lebih 2,000 tangkapan telah direkodkan.


"Ini termasuklah penguatkuasaan terhadap isu seperti pendatang asing tanpa izin, aktiviti persundalan, gelandangan, pencerobohan tanah kerajaan serta penjaja tidak berlesen," ujarnya.


Dalam hal ini beliau merakamkan terima kasih atas penglibatan pelbagai agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP).


"Kredit seharusnya juga diberikan kepada mereka. Tidak dilupakan, terima kasih kepada rakyat yang mengemukakan aduan dari pelbagai platform termasuk media social," ujarnya.


Katanya, pihak berkuasa terbabit tidak boleh lagi bertindak reaktif hanya berdasarkan aduan, sebaliknya perlu untuk bertindak dengan lebih proaktif dengan memikirkan apa cara yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kejadian yang sama tidak lagi berulang.


"Saya juga telah meminta pihak Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk meneliti aspek perundangan, khususnya peraturan-peraturan yang lemah dan lapuk agar penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih komprehensif," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page