top of page

'Tugas Setiausaha Agung perkasakan parti untuk relevan dua dekad ke hadapan'



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah bertapak dan berkembang sejak lebih dua dekad lalu daripada gerakan jalanan yang kurang tersusun kepada parti yang mengetuai Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.


Tentu sekali bagi Setiausaha Agung KEADILAN yang lalu, peranan dimainkan cukup signifikan sehingga parti mengecap kejayaan yang cemerlang.


Namun menjadi setiausaha agung pada waktu KEADILAN merupakan parti politik antara terkuat di Malaysia situasinya lebih mencabar.


Hal itu disedari oleh Senator Fuziah Salleh sebagai setiausaha agung baharu menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkuat kuasa sejak 15 September lalu.


Bagi beliau, untuk meneruskan kejayaan semua hal berkaitan parti perlu diaudit untuk memastikan parti benar benar berada di landasan terbaik.


"Bulan pertama saya masuk ke pejabat, perkara pertama saya buat ialah audit dulu.


"Sebab kita parti yang sudah wujud selama 25 tahun, jadi kita harus melihat bagaimana parti yang wujud 25 tahun ini boleh kekal relevan lagi 25 tahun akan datang.


"Jadi perlu dikenal pasti apa dia faktor yang boleh menambah kekuatan tersebut. Selepas diaudit didapati mungkin kita perlu memperkasakan beberapa perkara," katanya dalam temubual bersama Suara Keadilan pada Jumaat lalu.


Jelas Fuziah, perkara pertama yang perlu dilakukan untuk memastikan KEADILAN terus mantap ialah penstrukturan ibu pejabat parti di Petaling Jaya.


Katanya, ibu pejabat perlu memainkan peranan lebih besar dalam setiap pengarahan bagi memastikan mesej dan gerak kerja sampai ke akar umbi.


"Perkara pertama saya buat ialah menstrukturkan semula ibu pejabat dan bagaimana nak hubung kaitkan ibu pejabat dengan memperkasakan parti di semua peringkat, supaya the line of command itu jelas. Supaya penambah baikkan lebih mudah dilaksana dengan terma rujukan yang jelas," katanya.


Selepas ibu pejabat mampu memberikan arahan yang tepat dan berkesan, kata Fuziah, maka parti akan lebih mudah untuk menghadapi sebarang cabaran, isu, serangan lawan atau berhadapan pilihanraya.


"Ibu pejabat ini (mungkin orang lain) melihat kepada pentadbiran (sahaja) tetapi di masa yang sama ibu pejabat juga melihat kepada perjalanan parti, memperkukuh parti. Dan itulah peranan setiausaha agung.


"Insya Allah dari situ kita akan maju ke hadapan," katanya lagi.


Untuk rekod, Fuziah Salleh merupakan antara pemimpin terawal bersama perjuangan KEADILAN, seawal penubuhannya pada 1999.


Beliau dua kali diangkat sebagai Ketua Wanita KEADILAN Pusat dan terlibat dalam banyak gerak kerja serta strategi parti.


Peranan yang tidak dapat dilupakan ialah kebijaksanaan beliau menyusun semula Wanita KEADILAN selepas berlaku pengkhianatan Langkah Sheraton pada 2020 lalu yang menyaksikan beberapa pemimpin utama Wanita meninggalkan parti.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page