top of page

Tugas reformis mengisi makna Reformasi dalam pemerintahan



Oleh: Abdullah Zaid


Pejuang Reformasi berjasa selama 25 tahun berjuang untuk menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia seharusnya meneruskan perjuangan untuk menyumbang pengisian pentadbiran kerajaan Reformasi.


Bagi ikon kartunis Reformasi, Zulkiflee SM Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar, jasa bakti para reformis ini penting dalam fasa pembersihan kerajaan yang sedang dilakukan oleh PM.


Katanya, tiada guna pejuang Reformasi atau anggota KEADILAN mengkritik Kerajaan Perpaduan atau menuntut diadakan perubahan demi perubahan yang dijanjikan, kerana PM sedang melakukan pembersihan dari dalam.


Katanya, sistem pemerintahan Malaysia bukan seperti di Amerika Syarikat, sesiapa sahaja yang diangkat sebagai presiden terus boleh melakukan perobahan kerana sistemnya telah stabil dan berjalan secara teratur.


Oleh itu, Zunar mahu pejuang dan penyokong reformasi berinisiatif untuk membantu mengisi vakum pemerintahan yang ada pada hari ini.


"Bagaimana kita hendak buat untuk mengisi Reformasi? Kita suka salahkan orang lain (tidak lakukan yang dijanjikan) tetapi kenapa kita yang tak buat?


"Saya sendiri mencari peluang (melukis kartun) supaya remaja-remaja memahami dasar-dasar kerajaan sekarang.


"Kerana ini tanggungjawab kita untuk memastikan Kerajaan Perpaduan ini kekal dan Anwar Ibrahim (sebagai Perdana Menteri) kekal," katanya dalam forum Reformasi 25 Tahun di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), malam tadi.


Selepas 25 tahun pejuang Reformasi masih bersatu mempejuangkan kebenaran

Dalam pada itu, kartunis terkenal itu berpendapat Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri wajar diberi peluang memerintah sekurang-kurangnya setahun sebelum dinilai dalam sama ada telah atau gagal melaksanakan agenda Reformasi.


Katanya, pada ketika prestasi hutang negara yang mencecah RM 1.5 trilion, PM perlu diberi sokongan untuk memastikan perjuangan 25 tahun itu tercapai, bukannya terus diasak atau dikritik.


"Sekarang Anwar dalam keadaan ‘house cleaning’ (membersihkan masalah pemerintahan). Ibarat masuk rumah, sofa berterabur, tingkap pecah ada sampah dan macam-macam.


"Tahun ini (pada saya) bagi Perdana Menteri peluang untuk cuci rumah baru. Tahun depan kita nilai Anwar boleh lakukan reformasi atau tidak," ujarnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page