top of page

Tuduhan MB Sanusi kaitkan isu air Sg Bakap dengan perkauman dangkal



Oleh: Abdullah Zaid


Kenyataan Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang cuba mengaitkan masalah air di DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang dengan isu perkauman dilihat ‘paling dangkal’.


Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasir, dakwaan pemimpin Pas itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan isu bekalan air melibatkan soal air mentah, pemprosesan, loji rawatan dan bukan membabitkan prasangka kawasan Melayu atau bukan Melayu.


"Dalam banyak-banyak perbincangan isu bekalan air, hujah paling dangkal adalah bekalan air tak mencukupi kerana kawasan tersebut adalah kawasan Melayu. Bukan kritik soal kompetensi, bukan langkah mitigasi yang diambil, tapi soal “kaum”.


"Kalau guna logik yang sama, Merbok, Pulau Langkawi dan banyak tempat yang peratusan orang Melayunya jauh lebih tinggi berbanding di Sungai Bakap, mempunyai masalah bekalan air sekian lama pun (boleh dikira) kerana ini kawasan orang Melayu.


"Langsung tidak munasabah, jadi kita bakul sampahkan sahajalah hujah ini dan lihat dari perspektif yang lebih munasabah," katanya dalam satu kenyataan.


Hakikatnya kata Akmal, DUN Sungai Bakap yang berada di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) berada di hujung sistem, 53 kilometer (km) jaraknya dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, dan LRA berkenaan turut membekalkan air ke daerah Seberang Perai Utara dan Tengah.


Jelasnya, Kerajaan pusat kini mengambil tujuh langkah mitigasi melalui projek kecil termasuk menaik taraf rumah pam, memasang loji kompak, sekali gus dapat meredakan kemelut bekalan air itu.


"Selain itu, Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) juga melalui Water Contingency Plan (WCP) 2030 tahun lalu merancang membina LRA Sungai Kerian dengan kos pembinaan diraih sendiri oleh Kerajaan Negeri.


"Paling game changer juga sebenarnya jika water transfer antara Kerian - Seberang Perai menjadi kenyataan. Ini antara salah satu perkara paling awal yang saya bincangkan bersama KM Pulau Pinang sejurus saya berpindah Kementerian di PETRA pada Januari yang lepas," ujarnya lagi.


Menurut Akmal, hasil ikhtiar semua pihak termasuk intervensi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim cadangan penyaluran air ini antara Kerian-Seberang Perai berjaya direalisasikan sekali gus mengakhiri kebergantungan sumber air daripada utara negeri itu.


"Buat MB Kedah, ini juga masanya beliau tumpu siapkan lima LRA di Kedah (empat LRA dengan pemberian geran Kerajaan Persekutuan) yang sepatutnya siap tahun 2023. Takkan nak tunggu saya turun sekali lagi," sinis Akmal.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page