top of page

Tuduhan kerajaan berdiam diri Islam dihina fitnah



Pejabat Perdana Menteri (PMO) menepis tuduhan pihak tertentu yang mendakwa kerajaan MADANI bersikap berdiam diri terhadap penghinaan kepada agama Islam.


Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah menegaskan, tuduhan dilontarkan itu sama sekali tidak berasas dan merupakan fitnah terhadap kerajaan.


Tambahnya, sesiapa sahaja yang menghina mana-mana agama di negara ini, termasuk Islam, akan disiasat dan didakwa mengikut undang-undang.


Beliau memberi contoh kes kalimah Allah dipersenda melalui penjualan stokin dimana syarikat dan pembekal masing-masing didenda RM60,000; selain kes seorang lelaki persenda perkataan “Allah” didenda RM12,000 dan dipenjara 6 bulan.


Selain itu, antara kes lain membabitkan peniaga jagung bakar meletak notis perkauman, didenda RM400 manakala kes Harith Iskander dan Cecelia Yap masing-masing didenda RM10,000.


"Dalam kes yang saya senaraikan tadi, jelas semuanya disiasat, didakwa, dan akhirnya dihukum.


"Kesemua tindakan terbabit adalah berasaskan peruntukan undang-undang sedia ada dan setiap kes yang ada punca pelaporan akan melalui jalur proses dan hukum negara.

"Ini mesej yang tegas buat semua rakyat Malaysia untuk menghentikan budaya menghina mana-mana agama, budaya, dan kaum di mana-mana ruang di Malaysia," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page