top of page

Tubuhkan Ranting sebanyak mungkin, sambung kesinabungan reformasi



Anggota KEADILAN diingatkan untuk terus menubuhkan sebanyak mungkin Rantingm parti di peringkat akar umbi bagi meneruskan kesinabungan perjuangan reformasi.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng, penubuhan Ranting penting kerana jentera akar umbi amat diperlukan pada setiap kali pilihanraya.


Katanya, hal itu ditekankan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin dalam ucapannya sempena Jelajah Pemerkasaan Cabang dan Penubuhan Ranting peringkat Wilayah Persekutuan di Komune Living & Wellness kelmarin.


"Ucapan beliau menegaskan pentingnya jentera parti di peringkat Wilayah Persekutuan merapatkan saf dan melipatgandakan usaha bagi memperkasakan gerak kerja khidmat parti di lapangan melalui penubuhan Ranting-ranting baharu selari amanat Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Pemerkasaan Cabang dan penubuhan Ranting amat penting untuk memastikan kehadiran imej parti sebagai pemerintah.


"Saya senada dengan pendirian Datuk Azman. Kehadiran Ranting dan ahli parti aktif yang ramai akan memantapkan lagi kedudukan KEADILAN," kata Andre Lai.


Bagi Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju itu, memperbanyakkan ahli akar umbi adalah langkah meneruskan perjuangan reformasi yang bermula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1998 lalu.


Katanya, biarpun KEADILAN kini berada dalam Kerajaan Perpaduan yang kelihatan kukuh namun pelbagai kemungkinan mungkin berlaku dalam pakatan politik. Hal itu katanya, memerlukan jentera pasti dipersiapkan terutama menjelang pilihanraya.


"Hari ini mungkin kita berada di dalam Kerajaan Perpaduan yang kukuh, namun KEADILAN masih lagi dalam keadaan rapuh sekiranya tidak ada kehadiran yang ketara di semua tempat.


"Ranting merupakan unit akar umbi untuk memudahkan ahli parti bergerak di dalam Cabang. Tidak ada jaminan setiap gabungan politik bertahan selama-lamanya, namun apa jua yang berlaku, kita harus bersedia untuk memastikan kesinambungan legasi reformasi di peringkat akar umbi," katanya lagi.


Dalam majlis kelmarin barisan kepimpinan pusat KEADILAN turun menemui anggota di peringkat negeri. Antaranya, Setiausaha Politik Presiden KEADILAN, Datuk Romli Ishak; Setiausaha Pengelola Pusat, Zahir Hassan; Timbalan Setiausaha Agung, Tay Wei Wei; Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun; Senator Datuk Dr Ahmad Azam dan banyak lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page