top of page

Tribunal khas perlu ditubuhkan selesai isu pekerja sektor p-hailing



Kerajaan disaran menubuhkan tribunal khas bagi membela nasib pekerja p-hailing di negara ini.


Menurut Penasihat Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM), Bryan Ng Yih Miin, penubuhan itu bagi membantu pekerja p-hailing dalam mendapatkan khidmat guaman di peringkat mahkamah.


"Kalau ‘rider’ (pekerja p-hailing) ada pertikaian, boleh bawa isu itu di mahkamah. Saya juga sebagai peguam, jadi saya nak kata perkara itu tidak realistik kerana di Malaysia, untuk mereka pergi ke mahkamah ia akan mengambil masa dan kos yang sangat tinggi.


"Apabila mereka tidak mendapat keadilan melalui guaman di mahkamah, atau Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) secara percuma sebab bukan semua orang boleh dapat, maksudnya mereka adalah yang tertindas dan ramai kita nampak terdapat syarikat p-hailing ini terpaksa lepas tangan sahaja.


"Jadi bagi saya, itu adalah lagi satu isu yang mana perlu ada tribunal khas untuk pekerja p-hailing atau e-hailing," katanya dipetik dalam Wacana Sinar Harian edisi ke-406 bertajuk ‘P-Hailing: Ke Mana Hala Tuju?’, semalam.


Selain itu, kata beliau, golongan pekerja p-hailing harus diberikan kesedaran atau latihan bagi menambahbaik perkhidmatan mereka kepada pelanggan.


Tambahnya, kaedah memberi ganjaran kepada pekerja p-hailing yang mendapat respon positif daripada pelanggan ketika ini dilihat dapat memberi motivasi kepada mereka untuk bekerja dengan lebih baik.


"Kalau mereka boleh beri servis yang baik, rekod baik, mereka boleh mendapatkan ganjaran.


"Itu adalah salah satu cara yang kita boleh mempromosikan kelakuan yang baik. Daripada kita mendenda mereka, kita kena lihat bagaimana kita nak beri kesedaran dan ganjaran supaya orang boleh menjadi lebih baik.


"Saya rasa pendekatan itu lebih bersifat ke arah jangka masa panjang," katanya lagi.


Turut menjadi panel ialah Bekas Ketua Bahagian Polisi dan Perancangan, Kumpulan Operasi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Wan Agyl Wan Hassan dan Pengerusi PPRPM, Ikmal Shahrin Zulkipli manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page