top of page

'Tribulasi era pasca normal, negara Islam hadapi diskriminasi kuasa besar'



Masa hadapan dunia Islam tidak lari daripada diskriminasi dan penindasan kuasa besar sejak awal abad ke 20 apabila sebahagian besar negara Islam ketika itu dijajah.


Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum oleh Universiti Hamad bin Khalifa memilih untuk mengingatkan pemimpin negara Islam mengenai Islamofobia, diskrminasi dan hipokrasi adi kuasa dunia dalam menghadapi kebangkitan Islam yang tidak menyenangkan mereka.


"Saya singgung cabaran dan tribulasi dalam era pasca normal yang menuntut pemimpin dunia Islam menggembleng kudrat berhadapan isu Islamofobia, diskrminasi dan hipokrasi kuasa besar dunia.


"Umat Islam harus kekal waras dan kembali kepada akar kekuatan yang bertunjangkan budaya ilmu, akhlak, karamah Insaniah serta ketaqwaan yang mendasari ajaran Islam serta budaya ketimuran yang pernah saya ungkapkan dalam karya The Asian Renaissance," katanya dalam ucapan di Perpustakaan Negara Qatar itu.


Sehubungan itu, kepada para mahasiswa yang bakal membentuk kepimpinan politik dan teknokrat masa hadapan negara Arab, Anwar berpesan untuk terus mengutamakan nilai kemanusiaan dan ketulusan dalam merancang masa hadapan lebih gemilang dunia Islam pada dekad akan datang.


"Pesan saya pada akademia dan mahasiswa yang hadir agar terus istiqamah menjunjung nilai kemanusiaan dan ketulusan dalam merencana masa depan dunia Islam yang lebih cerah," katanya lagi.


Hari ini merupakan hari terakhir lawatan dua hari PM ke Qatar atas jemputan rasmi pemimpin tertinggi negara itu.


*Foto kredit: Afiq Hambali/PMO


Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page