top of page

Trend penurunan kadar kelahiran bayi perlu diberi perhatian - Sim



Oleh: Akmal Manaf


Trend penurunan kadar kelahiran di negara ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.


Beliau menyifatkan, statistik demografi terkini yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) adalah sesuatu yang agak mengejutkan.


''Kadar kelahiran di Malaysia pada suku pertama 2024 adalah 106,386 berbanding 117,413 pada tahun sebelumnya sekali gus menyaksikan penurunan sebanyak 11,027.


''Bagi suku kedua 2024, adalah sebanyak 100,732 berbanding tahun sebelumnya iaitu 112,197, menyaksikan penurunan sebanyak 11,465.


''Pada suku ketiga 2024 pula, statistik menunjukkan kadar kelahiran adalah sebanyak 100,645, berbanding tahun sebelumnya iaitu 114,764, juga menyaksikan penurunan sebanyak 14,119.


''Saya agak terkejut dengan statistik itu. Secara amnya, rakyat Malaysia daripada semua etnik menyaksikan penurunan besar dalam jumlah kelahiran,'' katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, statistik tersebut bukan petanda baik kerana kadar kesuburan keseluruhan (TFR) hanya 1.7 pada tahun 2023 (kadar penggantian ialah 2.1).


''Ini bermakna, kadar kesuburan mungkin akan menurun lagi pada 2024.


''Ia membimbangkan kerana penurunan itu merentasi semua etnik dan kejatuhan lebih daripada 10 peratus.


''Kurang bayi bermakna kurang populasi. Ini memberikan kesan besar kepada Malaysia daripada segi populasi, produktiviti, sosial-ekonomi dan semua aspek,'' ujarnya lagi.


Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN turut menyifatkan 2024 tahun yang baik untuk orang Cina dan merupakan Tahun Naga.


Beliau berkata, Tahun Naga akan menyaksikan lonjakan bayi yang baru lahir kerana keluarga Cina percaya bahawa bayi Naga akan membawa tuah kepada keluarga.


Namun katanya, Tahun Naga 2024 tidak menyaksikan lonjakan kadar kelahiran hidup masyarakat berkenaan.


''Kadar kelahiran hidup (Cina) menurun lagi. Pada suku pertama 2024 adalah 9,372 berbanding tahun sebelumnya iaitu 11,434.


''Suku kedua 2024 pula menyaksikan statistik penurunan 9,786 berbanding 11,077 pada tahun sebelumnya.


''Pada suku ketiga 2024 mencatatkan 10,427 juga turun berbanding tahun sebelumnya iaitu 11,162,'' katanya.


Ujarnya, TFR bagi warga Cina Malaysia pada tahun 2023 hanya 0.8 berbanding kadar penggantian adalah 2.1.


Justeru beliau berharap Malaysia mesti bersatu mencari penyelesaian untuk menaikkan semula trend.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page