top of page

Transformasi ladang ayam tertutup, kurang kesan alam sekitar - KPKM



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama kerajaan-kerajaan negeri bersetuju melaksanakan transformasi ladang ayam dari mengamalkan kaedah penternakan terbuka kepada tertutup.


Kementerian dalam kenyataan berkata kaedah tersebut akan dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan kesan alam sekitar.


Langkah itu terkandung dalam kertas pertimbangan yang dibentangkan pada mesyuarat yang dipengerusikan menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu bersama exco-exco pertanian negeri di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.


"Cadangan transformasi itu selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN2.0), Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025 serta Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDGs) dalam usaha meningkatkan pertumbuhan dan kemampanan industri ternakan ayam.


"Mesyuarat bersetuju bahawa transformasi kaedah terbuka kepada sistem ladang ayam tertutup dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan kesan alam sekitar," kata kenyataan kementerian itu.


Kenyataan itu berkata kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa negeri (PBN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pemain industri penternakan ayam sangat penting dalam memastikan kejayaan transformasi industri tersebut.


"...agar matlamat Kadar Sara Diri (SSR) ayam dan telur seperti yang digariskan di dalam DAN 2.0 dapat dicapai," ujarnya.


Kenyataan itu berkata kerajaan melalui Bajet 2024 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi pelaksanaan program pembangunan bersama kerajaan negeri.


"Ini melibatkan program, usaha pembaikan dan naik taraf serta pelaksanaan aktiviti pertanian di atas tanah yang melibatkan bidang kuasa bersama antara kerajaan negeri dan KPKM," ujarnya.


Sehingga September 2024, KPKM telah meluluskan sebanyak 83 projek di negeri-negeri berkaitan aktiviti pertanian, ternakan, perikanan, agro-pelancongan, pembangunan kapasiti petani, peladang, nelayan dan penternak, kata kenyataan itu.

0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page