top of page

Transformasi Digital Semarakkan Ekonomi Gig Untuk Berapa lama?



Oleh: Andre Lai


ULASAN: Ekonomi gig hanya wujud sedekad yang lalu – namun ia telah berkembang dengan mendadak hasil daripada pertumbuhan pesat dalam e-dagang dan peningkatan kadar penggunaan digital yang ketara. Menurut Statistika, jumlah nilai industri digital di Malaysia bakal mencecah AS$ 35 bilion atau 25.5% pada tahun tahun 2025 menjadikan ekonomi digital antara penyumbang utama ekonomi Malaysia.


Peningkatan kerja gig mendadak dalam tempoh pandemik, telah menyelamatkan ramai anak muda pada masa itu bergantung pada platform seperti Grab, Foodpanda dan Lalamove untuk mencari kerja dan berhubung dengan pelanggan. Platform ini telah mengubah cara orang bekerja, menjadikannya lebih mudah untuk bekerja secara bebas dan memberikan fleksibiliti kepada kedua-dua pekerja dan pelanggan.


Menyemarakkan transformasi digital


Pada masa yang sama, ekonomi gig telah menyemarakkan transformasi digital pelbagai sektor di Malaysia. Sebagai contoh, industri ride-hailing wujud sebagai alternatif bersama industri teksi tradisional dan industri penghantaran makanan juga telah mengalami pertumbuhan yang ketara, dengan lebih ramai pengguna memilih perkhidmatan penghantaran makanan kerana kemudahan tempahan.


Selain itu, ekonomi gig telah menyumbang kepada pertumbuhan e-dagang di Malaysia dengan aplikasi super seperti Grab, Lazada dan Shopee. Dengan lebih ramai orang bekerja sebagai kontraktor bebas, terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk pasaran dalam talian di mana mereka boleh menjual produk dan perkhidmatan mereka.


Transformasi digital telah mengubah cara manusia berhubung antara satu sama lain dan menjana pengaruh di satu tahap yang tidak dapat dibayangkan. Apa yang dikongsi di atas, telah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Transformasi digital berkembang dengan pantas apabila seluruh dunia terpaksa ditutup kerana pandemik Covid 19. Tempoh 3 tahun kebelakangan ini, dunia telah berubah sama sekali.


Menurut Statistika, ekonomi gig global dijangka mencapai saiz pasaran kira-kira AS$455 bilion pada tahun 2023. Kewujudan ekonomi gig mencetus revolusi - tidak boleh dilihat sebagai kerjaya, tetapi tidak boleh dipandang sebagai kerja separa masa. Ramai yang telah menjalankan khidmat ‘e-hailing’ sepenuh masa selepas kerja harian mereka untuk menjanakan pendapatan lebih.


Tetapi, sekiranya mereka hanya bertumpu kepada ekonomi gig sebagai satu-satunya kerja mereka yang ada, ekonomi gig hanya menggalakkan mereka menjadi hamba penghantar makanan atau pemandu ‘e-hailing’ yang akan membawa keburukkan lebih daripada kebaikkan.


Belanjawan 2023 menyentuh secara tidak langsung, bagaimana kerajaan melihat ekonomi gig dalam jangka masa panjang. Kerajaan berusaha untuk menaikkan taraf pendidikan teknologi dan vokasional (TVET) dengan meningkatkan keupayaan dan kemahiran baru (upskilling) untuk dijadikan satu kerjaya bermaruah.


Melalui inisiatif ini, kerajaan akan menanggung bayaran latihan untuk pekerja gig mengikuti program peningkatan kemahiran ‘micro credentials’ sehingga RM4,000. PERKESO juga menyediakan elaun sebanyak RM300 selama tiga bulan bagi menggantikan pendapatan pekerja gig yang aktif dan sedang menjalani program latihan. Secara keseluruhan, RM40 juta disediakan untuk memanfaatkan 30,000 pekerja gig.


Pelaburan dalam bidang digital


Kemahiran dimaksudkan bukan geran atau sumbangan menyediakan gerai atau perniagaan kecil – ia bertujuan untuk anak muda mendapatkan kemahiran supaya dapat berhijrah kepada kerjaya baru. Selain daripada institusi pendidikan tempatan, terdapat platform dalam talian seperti Udemy dan Coursera, yang menawarkan pelbagai kursus ‘micro credentials’ dan program latihan untuk meningkatkan kemahiran mereka dan meningkatkan kebolehpasaran mereka. Antara kursus jangka masa pendek yang boleh dipertimbangkan adalah set kemahiran seperti pemasaran digital (digital marketing), membolehkan pekerja gig senang mendapatkan kerjaya baru.


Pada 21 Februari 2023, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, akan ada pengumuman mengenai pelaburan yang besar berkaitan bidang digital di Malaysia dalam masa terdekat. Ini telah membuktikan Kerajaan Malaysia Madani berada di dalam landasan yang betul apabila tumpuan ekonomi gig Malaysia mula dipandang dari sudut perkembangan teknologi inovatif, dan bukannya sebagai jalan pintas menjana pendapatan.


Saya tidak setuju sekiranya kerajaan memberi insentif berbentuk sumbangan atau pembayaran ‘one-off’ seperti yang diamalkan oleh regim yang lepas. Tetapi saya menerima baik iltizam kerajaan Malaysia Madani memberi nafas baru dalam transformasi kerjaya pekerja gig. Sudah tiba masanya untuk ‘move on’. Bagaikan pepatah berbunyi “Give a man a fish and you feed him for a day; teach a man to fish and you feed him for a lifetime.!”


* Penulis merupakan pengguna aktif Foodpanda dan Lazada.


__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju dan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page