top of page

Transformasi 100 Klinik Kesihatan, masa menunggu kurang 30 minit



Kerajaan MADANI memperuntukkan RM18.9 juta tahun ini bagi melaksana sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) di semua klinik kesihatan seluruh negara.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan mendigitalkan semua klinik kesihatan serta hospital kerajaan bagi meningkatkan kesiapsiagaan digitalisasi dan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.


Sehubungan itu, mulai tahun ini pihak kementerian menyasarkan sistem itu dilaksana di 100 klinik kesihatan termasuk 10 klinik di Pulau Pinang.


"Setakat ini, sebanyak 50 klinik kita bangunkan dengan CCMS dan Langkawi menjadi lokasi terbaharu dilengkapkan dengan sistem tersebut.


"Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya pula akan dibangunkan sistem rekod perubatan elektronik (EMR) pada 2026 disusuli hospital lain seluruh negara selaras perancangan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13," katanya dipetik.


Dr Dzulkefly sebelumnya hadir ke Majlis Perasmian dan Hari Terbuka Wellness Hub Seberang Perai Utara (SPU) di Klinik Kesihatan Sungai Dua di Butterworth pada Sabtu.


Pelaksanaan inisiatif CCMS dijangka mampu mengurangkan tempoh menunggu pesakit di klinik kerajaan dari tiga jam kepada 30 minit. Sistem itu turut mampu mengelak rekod atau data perubatan di klinik daripada terjejas akibat bencana seperti banjir.


Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu Dr Dzulkefly memaklumkan, sebanyak 33 Wellness Hub dibangunkan di seluruh negara selaras matlamat negara yang yang kini memfokuskan kepada pencegahan penyakit dan promosi kesihatan.

Katanya, Wellness Hub mempunyai sejumlah 13 pakej perkhidmatan antaranya saringan faktor risiko kesihatan, saringan kecergasan, runding cara hidup sihat, pengurusan berat badan, klinik berhenti merokok serta program kesihatan mental bagi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat setempat secara menyeluruh dan komprehensif.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page