top of page

Trak Ayuh Malaysia simbol bangkit melawan ketidakadilan, rasuah - Manivanan



Kempen ceramah trak Ayuh Malaysia yang bermula malam tadi di Setiawangsa, Kuala Lumpur mempunyai simboliknya tersendiri.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, G Manivanan, ceramah atas trak yang dilakukan Invoke pada 2017 - 2018 lalu telah berjaya menumbangkan rejim BN, dan kali ini diharapkan atas semangat sama bakal menumbangkan sekali lagi rejim BN dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


"Trak Ayuh Malaysia ini ada simboliknya, iaitu menyemarakkan kembali semangat orang Malaysia menentang ketidakadilan, rasuah dan sebagainya.


"Inilah simboliknya. Di Setiawangsa inilah bermulanya menentang rejim Barisan Nasional.


"Saya tak sihat seminggu, hari pula hujan. Kami risau, ramaikah yang akan hadir? Tetapi hujan kah, panas kah, bila semangat kita untuk lawan BN bangkit begini, kita akan bangkit, sebagai suara yang besar, yang komited," katanya.


Menurut beliau, kembara Ayuh Malaysia seluruh Semenanjung kali ini diharapkan akan meruntuhkan kubu kubu BN dan PN menjelang Parlimen dibubarkan.


"Minggu ini di KL, minggu depan Negeri Sembilan dan kita masuk satu demi satu kawasan. Kita akan angkat semangat rakyat biasa bersama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan. Dengan satu syarat, iaitu kita menang PRU yang akan datang.


"Kita bangkit sebagai warga Malaysia, bangkit untuk lawan rejim yang ganas. Kita bangkit sehingga Najib merengkok dalam penjara.


"Bukan sahaja Najib, setiap pengkhianat kita humban dalam penjara. Selagi setiap rakyat boleh menikmati kemerdekaan yang tulen, kita lawan tetap lawan," katanya .


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page