Tragedi Putra Heights: Tindakan pantas MB Selangor dipuji
- Suara Keadilan
- 2 days ago
- 1 min read

Penerangan KEADILAN Selangor memuji tindakan pantas dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam menangani kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights sejak 1 April lalu.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar, MB Amirudin telah berjaya mengawal keadaan dan mententeramkan penduduk menghadapi bencana menggemparkan yang belum pernah dialami rakyat Malaysia itu.
"Tindakan segera beliau dengan mengarahkan pasukan keselamatan bertindak secara bersepadu berjaya mengawal keadaan dan melindungi keselamatan penduduk.
"Kerajaan Negeri Selangor berjanji melakukan siasatan terperinci dan menambah baik prosedur keselamatan untuk mengelakkan kejadian berulang
"Datuk Seri Amirudin juga komited menyalurkan bantuan kepada mangsa serta memastikan aspek logistik dan keselamatan ditangani dengan cekap," katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, kata Halimey, Penerangan KEADILAN Selangor menyifatkan tindakan Amirudin itu mencerminkan kepimpinan bertanggungjawab yang mendahulukan rakyat.
Comments