top of page

Tragedi Putra Heights: Rumah musnah keseluruhan terima RM10 ribu segera

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan Selangor bersama Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada penduduk yang rumahnya musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Putra Heights, baru-baru ini.


Perkara berkenaan diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi satu sidang media hari ini berhubung perkembangan terbaharu pasca insiden tersebut.


Beliau memaklumkan, rumah yang dikategorikan sebagai ‘total loss’ akan menerima RM5,000 daripada PETRONAS yang diurus selia oleh Kerajaan Negeri.


Manakala katanya tambahan RM5,000 lagi daripada Kerajaan Persekutuan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM10,000.


"Bagi pemilik rumah yang separa terkesan tetapi tidak musnah sepenuhnya, setiap pemilik akan menerima RM2,500 daripada PETRONAS dan RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan.


"Bagi penyewa rumah pula, mereka akan menerima RM2,500 daripada PETRONAS dan RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan," katanya dalam sidang media itu.


Menurut Amirudin lagi, Kerajaan Selangor juga bersetuju memberikan bantuan sewaan sebanyak RM2,000 sebulan selama enam bulan kepada setiap keluarga yang terkesan bagi membolehkan mereka menyewa rumah, sementara kediaman mereka dibaiki atau dibina semula.


"Proses pengagihan akan dijalankan secara berperingkat dan telus, di mana setiap penerima akan dipanggil secara individu oleh Jawatankuasa Bencana bagi mengesahkan kelayakan masing-masing.


"Pihak Jawatankuasa Bencana akan panggil mereka seorang demi seorang dan proses tersebut dijangka selesai selewat-lewatnya Jumaat ini," ujarnya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page