Tragedi Putra Heights: Koordinasi, bantuan mangsa kebakaran di bawah MB Selangor
- Suara Keadilan
- Apr 5
- 1 min read

Semua usaha dan usaha koordinasi membabitkan mangsa kebakaran di Putra Heights, Puchong diselaraskan secara langsung di bawah Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Petronas.
Hal itu dinyatakan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam.
Menurut kenyataan itu, langkah tersebut bagi memastikan segala gerak kerja pengurusan bantuan di lapangan dapat dibuat dengan teratur dan lebih berkesan.
"Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan sektor industri amat penting dalam menangani situasi ini dengan segera dan menyeluruh.
"Segala bentuk bantuan dan usaha koordinasi terkait insiden kebakaran di Putra Heights perlu diselaraskan secara langsung dengan Menteri Besar Selangor dan pihak Petronas diketuai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz," kata kenyataan itu.
Tegas kenyataan itu, Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan semasa dan memberi sokongan serta dukungan penuh terhadap segala usaha pemulihan dan keselamatan yang sedang dilaksanakan.
Kebakaran besar membabitkan saluran gas Petronas pada jam 8.10 pagi Selasa lalu menyebabkan 235 premis terjejas akibat dengan 87 premis terbakar sepenuhnya dan 148 rosak.
Kira-kira 400 kenderaan turut terjejas, iaitu 225 hangus dan 174 rosak.
Comments