top of page

Tragedi Putra Heights: Ganti pasport, MyKad, lesen memandu percuma

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 3
  • 1 min read


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi penggantian Pasport Malaysia Antarabangsa secara percuma kepada mangsa insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Selangor.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif tersebut selari dengan pengumuman kementerian berkaitan penggantian dokumen pengenalan diri melalui program MEKAR di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lokasi insiden.


"Insya-Allah Kerajaan Madani dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa-mangsa insiden.


"Saya mendoakan agar semua yang terkesan akibat insiden ini tabah menghadapi dugaan ini dan Insya-Allah kami di KDN akan terus bantu mempermudahkan urusan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu JIM dalam kenyataannya berkata, mangsa yang kehilangan pasport atau rosak akibat kebakaran itu boleh mengemukakan permohonan penggantian dokumen tersebut tanpa sebarang bayaran di mana-mana pejabat JIM yang berdekatan.


Syarat penggantian secara percuma melibatkan pasport yang sah dalam tempoh enam bulan, membawa pasport asal jika ada dan mengemukakan Salinan laporan polis, bomba dan pihak berkuasa tempatan.


"Inisiatif ini bertujuan membantu mempermudah urusan mangsa yang pasportnya hilang atau rosak akibat kebakaran," katanya.


Semalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam kenyataan berkata pihaknya menawarkan penggantian dokumen kad pengenalan dan sijil kelahiran kepada mangsa insiden kebakaran paip gas itu.


Bas MEKAR JPN ditempatkan di PPS Masjid Putra Height pada hari ini bagi memudahkan mangsa memproses dokumen gentian itu.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page