top of page

Tragedi bot regata karam: Utamakan keselamatan peserta perlumbaan - Abang Zulkifli



Oleh: Akmal Manaf


Tragedi bot regata karam di Sungai Sarawak hingga meragut nyawa lima kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) akan menjadi titik hitam bagi penganjur dan keluarga mangsa yang terlibat.


Ketua Cabang KEADILAN Batang Lupar, Abang Zulkifli Abang Engkeh menyifatkan tragedi itu wajar membuka mata dan kesedaran semua pihak bahawa keselamatan peserta yang terlibat dalam latihan dan perlumbaan harus diutamakan.


Beliau menegaskan, kenyataan dan nasihat Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai & Laut) Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep sewajarnya diberi perhatian dan dipatuhi semua pihak.


"Peserta yang terlibat mesti pandai berenang dan mesti ada bot pengiring ketika berlatih.


"Peraturan mewajibkan setiap latihan mesti dimaklumkan jadualnya kepada pihak berwajib agar pengawasan lalu lintas di sungai dapat diatur lebih awal.


"Lazimnya budaya kita "sudah terhantuk baru terngadah", bukan niat menuding jari kepada sesiapa, tetapi begitulah yang sering berlaku," kata Abang Zulkifli dalam satu kenyataan.


Mengimbau kembali tragedi kemalangan Feri Triso Sebuyau satu ketika dahulu, mantan Setiausaha KEADILAN Sarawak itu berkata, sejak itu telah disyaratkan penggunaan jaket keselamatan apabila masuk ke dalam feri, namun penguatkuasaan itu hanya seketika.


"Syarat tersebut telah dilonggarkan malah hampir tiada lagi dikuat kuasakan.


"Sepatutnya langkah keselamatan itu terus dikuat kuasakan terutama sekali kepada pemandu yang membawa penumpang terdiri daripada kanak-kanak, warga emas, dan ibu mengandung.


"Tingkap juga wajib dibuka. Begitulah penguatkuasaan terdahulu," katanya yang sering menjadi penumpang pengangkutan feri.


Susulan tragedi bot regata itu pula, Abang Zulkifli menzahirkan kepercayaan bahawa kerajaan akan bertindak sewajarnya membantu keluarga berkenaan pada kadar segera.


Beliau yang turut berada di lokasi menyelamat berkata, kecekapan dan kerja keras anggota Jabatan Bomb dan Penyelamat (Bomba), Angkatan Pertahanan Awam (APM) termasuk anggota UPKS patut dipuji.


Pada 20 Oktober lalu, semua mangsa yang hilang selepas perahu lumba mereka karam ditemukan lemas dan terapung di muara Sungai Sarawak.


Pada kejadian 3.40 petang 18 Oktober lalu itu, mereka bersama 11 lagi rakan sepasukan menjalani latihan perlumbaan perahu sebagai persediaan untuk menyertai Regata Sarawak pada 1 hingga 3 November ini.


Perahu panjang yang mereka naiki karam selepas dibadai gelombang yang terhasil oleh kapal nelayan yang datang dari arah bertentangan.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page