top of page

TPM seru kafe universiti teruskan inisiatif Menu Rahmah



Operator makanan dan pengendali kafe di semua kampus universiti awam (UA) disarankan menyediakan menu seimbang kepada pelajar.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain itu beliau berharap pengendali kafe boleh meneruskan inisiatif Menu Rahmah yang telah diperkenal sebelum ini agar pelajar berpeluang mendapat nutrisi lengkap.


"Tentunya perkara pertama adalah memastikan makanan disediakan bukan sahaja enak dan mengenyangkan tetapi turut memberi manfaat kesihatan kepada pelanggan.


"Saya harap bukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sahaja menyediakan Menu Rahmah malah kampus lain turut meneruskan inisiatif ini," katanya dipetik dalam ucapan perasmian Kuali Cafe @ UKM di Bangi pada Ahad.


Pada ucapannya juga menasihati pengendali kafe agar tidak memikirkan keuntungan semata-mata kerana keberkatan lebih penting apabila pelanggan berpuas hati dengan kualiti dan harga makanan.


Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu turut meminta agar semua operator makanan dan pengendali kafe di UA sentiasa mengamal pendekatan mesra kepada pelanggan sepanjang masa.


"Ini adalah barakah termasuk doa pelanggan terhadap kualiti makanan dan harga munasabah," tambahnya.


Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman yang turut hadir pada acara itu memaklumkan pemberita, bahawa pembukaan Kuali Cafe@UKM yang akan menyediakan jenis lauk pauk masakan Melayu dan antarabangsa melengkapkan lagi rejuvenasi PUSANIKA UKM sebagai destinasi yang akan menyatukan cita rasa semua warga universiti.


Tambahnya, selain daripada kepelbagaian sajian, Kuali Cafe@UKM bakal memperkenal Menu Rahmah dengan harga serendah RM3.

0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page