top of page

Tolak parti nasional: Parti diasaskan Shafie sendiri bertaraf nasional



Gesaan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal agar pengundi Sabah menolak parti peringkat nasional pada Pilihan Raya Negeri akan datang dilihat tidak masuk akal.


Bagi Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Fekirie Gobet, Presiden warisan itu 'bercakap tidak serupa bikin' ketika berucap di hadapan Komuniti Cina di Tawau baru baru ini kerana parti Warisan yang beliau asaskan sendiri merupakan parti peringkat nasional.


"Beliau tidak ingatkah beliau juga telah menjadikan parti Warisan sebagai parti nasional dan turut meletakkan calon di Semenanjung dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.


"Shafie juga terlupa beliau membesar dan berada di kedudukan beliau hari ini melalui parti nasional sejak 1995, di mana beliau mula menjadi Ahli Parlimen dan kemudian dilantik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Timbalan Menteri Pertahanan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Menteri Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan.


"Pada 2018 beliau menjadi Ketua Menteri Sabah dengan sokongan dari parti nasional selepas gagal mengalahkan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Musa Aman," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Fekirie, Warisan tanpa sokongan parti nasional terbukti hanya mampu menang tiga kerusi parlimen pada PRU ke 15 lalu.


Oleh itu, katanya Shafie harus mengakui kelemahan beliau ketika mentadbir Sabah sebelum ini, manakala parti nasional sekiranya terbukti mampu mentadbir dengan lebih baik tidak salah bertanding di Sabah.


"Shafie seharusnya cermin diri sendiri sebelum menuding jari. Beliau sendiri gagal membantu menyelesaikan masalah infrastruktur asas terutama jalan raya, bekalan air dan elektrik ketika menjadi Menteri Persekutuan dan Ketua Menteri Sabah.


"Beliau mendendangkan slogan "unity" tetapi menanam kebencian terhadap parti nasional yang juga mempunyai pimpinan dari Sabah," katanya lagi.


Untuk rekod, Sabah akan mengadakan PRN paling cepat pada hujung tahun ini namun pemerhati politik menjangkakan PRN akan diadakan pada awal 2025.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page