top of page

Tolak MoU: Pembangkang masih amal politik lama, tidak progresif



Keputusan Perikatan Nasional (PN) menolak draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan membuktikan blok pembangkang masih ingin terus berpegang kepada pendekatan politik lama yang tidak progresif.


Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar berkata, sekiranya PN benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat mereka sepatutnya menyambut baik usaha Kerajaan Perpaduan mewujudkan suasana harmoni di Dewan Rakyat dan membolehkan semua wakil rakyat berperanan lebih konstruktif.


"Penolakan MoU ini oleh PN pada dasarnya bermakna mereka menolak peruntukan khas kepada Ahli Parlimen PN. Ia hanya akan merugikan ahli-ahli Parlimen PN untuk melaksana usaha membantu penduduk di kawasan Parlimen masing-masing.


"Cukup-cukuplah bermain modal politik dengan meniupkan sentimen seolah kawasan pembangkang dianaktirikan daripada meneriman manfaat daripada dana pembangunan kawasan Parlimen," katanya dalam kenyataan.


Onn berkata rakyat makin bijak menilai bahawa Kerajaan Madani tidak mengabaikan kawasan pembangkang dari sudut peruntukan pembangunan infrastruktur.


"Isunya hanya pada peruntukan khas kepada Ahli Parlimen yang wajar dimeterai melalui sebuah perjanjian, sama seperti yang berlaku kepada Pakatan Harapan (PH) ketika PN menjadi kerajaan yang lalu," ujarnya.


Dalam dunia politik yang dinamik, Ahli Parlimen harus bersikap pragmatik, kata Onn, sedangkan keengganan PN untuk menerima MoU itu menunjukkan mentaliti yang jumud dan tidak bersedia untuk melakukan anjakan paradigma.


"Ahli Parlimen seharusnya lebih fleksibel dan terbuka kepada pendekatan baharu yang dapat memastikan pentadbiran ke arah lebih baik dan efisien, terutamanya ketika negara berdepan cabaran besar dalam ekonomi dan kestabilan politik," katanya.


Dalam pada itu, Onn berkata persoalan besar yang timbul daripada penolakan ini ialah tentang pendirian PN yang enggan mengisytiharkan harta mereka.


"Ketelusan adalah asas kepada kepercayaan rakyat terhadap pemimpin, dan sekiranya keengganan PN untuk melaksanakan pengisytiharan harta, hal ini telah mencetuskan tanda tanya mengenai komitmen mereka terhadap ketelusan.


"Selain itu, adakah PN terus mahu memainkan sentimen 3R (kaum, agama dan raja) bagi meraih sokongan politik semata-mata, tanpa memikirkan kestabilan dan keharmonian negara?" katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page