top of page

Tolak 'fatwa' seleweng ikut selera politik - Pemuda AMANAH

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read


Umat Islam di negara ini diseru bangkit menolak ‘fatwa menyeleweng’ yang mempermainkan agama demi kepentingan politik kepartian.


Pengarah Syariah dan Dakwah Pemuda AMANAH, Hafiz Roslan berkata kenyataan Presiden Pas, Hj Hadi Awang berkaitan isu menangguhkan ibadat haji dan umrah bagi memberi keutamaan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning telah mengelirukan umat Islam.


Lebih daripada itu tegasnya, seruan Hj Hadi supaya pengundi keutamaan kepada proses pilihanraya berbanding ibadah haji merupakan satu bentuk penghinaan terhadap kesucian ibadah tersebut.


"Dalam keadaan negara aman dan tiada darurat, kenyataan seumpama ini telah dikeluarkan atas alasan politik.

"Lebih membimbangkan, ada penyokong yang mungkin menerima pandangan ini bulat-bulat tanpa soal, kerana taksub atau kekurangan ilmu agama.


"Kita mesti hentikan pembohongan atas nama agama. Kita mesti hentikan ahli politik daripada mengeluarkan ‘hukum’ mengikut selera parti.


"Ini bukan lagi soal politik semata-mata tetapi soal mempertahankan kesucian agama," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, Hafiz turut mencadangkan agar Abdul Hadi bersara daripada politik dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang didakwa sering mengelirukan umat Islam.


"Sudah tiba masanya beliau berehat. Islam bukan alat politik dan ibadah bukan urusan parti. Semua kita yang cintakan agama mesti bersuara. Diam bererti bersubahat," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page