top of page

Tol percuma dua hari untuk pengguna lebuh raya sempena Deepavali



Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma kepada semua pengguna lebuh raya pada 29 dan 30 Oktober ini sempena sambutan Deepavali.


Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan hari ini memaklumkan tol percuma bakal dilaksanakan di semua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam esok hingga 11.59 malam, 30 Oktober (Rabu).


"Kerajaan Madani telah bersetuju untuk memberikan tol percuma pada 29 dan 30 Oktober 2024 bagi membolehkan pengguna lebuh raya berbilang kaum terutamanya masyarakat India beragama Hindu untuk menyambut perayaan Hari Deepavali dalam suasana gembira, harmoni dan saling hormat menghormati," katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagaimanapun, beliau berkata pengecualian itu hanya diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor Darul Takzim.


“Kos pemberian tol percuma yang dianggarkan sebanyak RM38 juta akan ditanggung oleh kerajaan dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.


“Pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan teras utama kerajaan Malaysia MADANI iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat di samping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.


Sehubungan itu, Nanta berharap pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang itu sebaiknya dan merancang perjalanan bagi melancarkan pergerakan trafik berdasarkan panduan yang disediakan.


“Saya mewakili Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan semua Syarikat Konsesi Lebuh Raya memohon supaya semua pengguna jalan raya memandu dengan berhemah, mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.


“Berehatlah jika keletihan dan mengantuk. Bersama-samalah kita semua bekerjasama dalam menjadikan lebuh raya kita selamat, bersih dan selesa serta mengurangkan statistik kemalangan jalan raya Malaysia,” katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page