top of page

Tohmahan Hadi: DAP tidak terlibat titah adendum, Lembaga Pengampunan - Loke



Tohmahan terbaharu Presiden Pas Hj Hadi Awang yang menagitkan DAP dengan isu titah adendum membabitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak hanyalah semata mata mahu memomokkan parti itu dalam kalangan orang Melayu.


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan Presiden Pas itu merupakan mainan politik ulangan parti yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi hanya pandai menyalahkan DAP dalam apa sahaja isu, dengan slogan "Semua Salah DAP".


"Saya ingin menegaskan bahawa pemimpin DAP khususnya anggota Kabinet dari DAP langsung tidak terlibat dalam isu adendum tersebut kerana isu pengampunan adalah urusan Lembaga Pengampunan yang tidak melibatkan Jemaah Menteri.


"Dalam Lembaga Pengampunan pula, tidak ada seorang pun Ahli Lembaga yang terdiri dari wakil DAP.


"Tambahan pula, segala urusan Lembaga Pengampunan dinasihati oleh Peguam Negara kepada Yang Dipertuan Agong," katanya dalam kenyataan petang ini.


Sehubungan itu, Loke amat kesal dengan dakwaan terbaharu Presiden Pas kononnya DAP menguasai Kerajaan Perpaduan dalam isu titah adendum, yang sama sekali tidak berpaksikan realiti dan terang terangan mahu memecahkan belahkan Kerajaan Perpaduan.


"Kita amat mengenali taktik politik kotor dan keji Pas dengan menggunakan isu ini dan mengaitkan dengan DAP untuk tujuan cuba menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memecahkan Kerajaan Perpaduan.


"Pemimpin Pas kini amat gila kuasa dan gelojoh untuk menggunakan segala cara untuk mencapai cita-cita politik mereka merampas kuasa di Putrajaya," katanya.


Oleh itu, beliau menyeru rakyat Malaysia yang menghargai kestabilan politik untuk menolak sekeras-kerasnya politik murahan dan keji yang dibawa oleh Pas.


"DAP akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yakin dengan keikhlasan semua gabungan dalam kerajaan untuk menolak cubaan Pas menggangu-gugat kestabilan negara," katanya lagi.


Hari ini dalam tulisan di lidah rasmi Pas, Hj Hadi berkata peristiwa penghakiman yang memangsakan Najib Razak, berdasarkan kandungan surat Yang di-Pertuan Agong ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menitahkan supaya Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi penahanan di rumah telah mendedahkan wajah sebenar kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP yang menegakkan prinsip sekularisme.


Tulisnya, hal yang berlaku adalah penerusan pendekatan era zaman penjajah yang mana Raja-raja dipenjarakan dalam sistem penjajah, tidak berdaulat sepenuhnya dalam urusan pemerintahan negara dan agama.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page