top of page

Tohmah Anwar: Ke mana pergi akhlak, budi pekerti? - Dr Zulkifli



Oleh: Akmal Manaf


Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud yang didakwa mengaitkan keperibadian Perdana Menteri dengan membuat pertuduhan menggunakan bahasa keji terus mengundang kecaman ramai.


Video tular itu mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan yang 'pelik' dengan sikap ADUN itu.


"Sedih melihat sampai begitu sekali kebencian dan akhlak.


"Ke manakah perginya akhlak dan budi?


"Adakah sudah hilang adab dan akhlak semata demi mencari sokongan politik?" soal beliau menerusi satu kenyataan di media sosial.


Dalam kenyataan sama, beliau berharap agar Allah memberi keampunan kepada semua.


Sebelum mengakhiri tulisannya, Dr Zulkifli turut memanjatkan doa agar Islam terus subur, mekar dan terjamin di negara ini.


Terdahulu, Wan Rohimi mencetuskan kontroversi selepas tular sedutan video ceramah beliau yang mengaitkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isu adendum bekas PM Najib Razak.


Wan Rohimi juga didakwa mengungkit tohmahan seksual terhadap Presiden KEADILAN itu meskipun beliau telah menerima Pengampunan Diraja.


Susulan itu semalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menerusi Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) AMK Malaysia, Ustaz Ashraf Hadi mendesak pemimpin Pas itu untuk melakukan memohon maaf.


Ustaz Ashraf menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang jika Wan Rohimi gagal membuat permohonan maaf.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page