top of page

Titah Agong di Parlimen tepat, rakyat perlu bersatu naikkan imej negara



Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 hari ini berkenaan prestasi pentadbiran Kerajaan Madani dan seruan untuk seluruh rakyat bersatu padu amat tepat pada masanya.


Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, titah Agong itu menyentuh semua perkara utama yang menyangkut kepentingan rakyat serta kerajaan.


"(Titah) ringkas dalam Tuanku melihat reformasi parlimen, ekonomi negara, kedaulatan negara dan isu serantau.


"Padat kerana ia membawa mesej menghormati Parlimen dengan Ahli Parlimen dinasihati memelihara adab-adab perbahasan dan elakkan fitnah serta tidak berpolitik sehingga mengabaikan tugas dan peranan sebagai ahli-ahli yang berhormat.


"Baginda Tuanku juga menyebut tentang perlunya subsidi untuk rakyat sampai dan tepat kepada sasarannya," kata Dr Mujahid dalam kenyataan.


Menurut Timbalan Presiden AMANAH itu, Sultan Ibrahim juga menghargai kerajaan hari ini yang berjaya menarik pelaburan untuk meningkatkan produktiviti ekonomi dan kesejahteraan rakyat.


Titah Tuanku, katanya, menyinggung peranan Malaysia di rantau ASEAN yang kini menjadi Pengerusi di rantau ini.


"Titah juga menyentuh isu peperangan di Gaza dan harapan peranan Malaysia menamatkan peperangan di Palestin.


"Tepat semua saranan Tuanku dalam titah baginda kerana Malaysia dalam era Kerajaan Perpaduan memerlukan semua pihak berganding bahu menjaga negara dan mengharapkan peranan rantau serta global yang lebih bermakna," katanya lagi.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page